Artis / Selebriti
” Dia nak bikin cerita cinta, yang kau whatsapp kat aku.. ” – Dato’ Red
Dato’ Red Dedah Mesej Individu Yang Menghantar Whatsapp Kepada Adira Suhaimi Dengan Ayat-Ayat Cinta. Sekali Bukan Hantar Kat Nombor Whatsapp Adira, Tapi Nombor Dato’ Red. Adoi, Jiwang Karat Betul Ayat Mamat Tu. Siap Ajak Adira Kahwin, Haha !!
Meninjau ke satu akaun TikTok, perkongsian sebuah video yang memaparkan sedikit sedutan sesi live Dato’ Red bersama Adira Suhaimi yang menghiburkan ramai. Dato’ Red telah mendedahkan sesuatu mengenai mesej whatsapp daripada seorang individu yang tidak dikenali.
Ini kerana mesej-mesej yang dihantar menerusi whatsapp tersebut ditujukan khas buat Adira tetapi dihantar menerusi nombor telefon Dato’ Red. Tidak diketahui dari mana individu tersebut mendapat nombor telefon Dato’ Red tetapi disebabkan kesilapan itu membuatkan Dato’ Red dan Adira berasa terhibur.
Mesej yang begitu panjang dan dihantar setiap hari tidak dibalas oleh Dato’ Red. Individu tersebut meluahkan rasa sayang dan cintanya kepada Adira serta memberikan beberapa janji manis buat Adira. Individu tersebut juga mengajak Adira untuk berkahwin.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Agaknya jika individu tersebut menonton sesi live ini pastinya akan berasa malu sendiri kerana tersilap menghantar mesej-mesej tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@nobody98744 Nak mesej adira . tapi entah dr mana dapat no phone tokred tu 🤣🤣#abgred #tokred #adirasuhaimi #ami
Sekadar info, Dato’ Red dan Adira telah pun bercerai dengan talak satu pada April lepas secara baik dan Adira masih dalam tempoh iddah. Walaupun sudah berpisah, mereka masih lagi menjaga hubungan baik dan sentiasa bantu-membantu dalam menjalankan perniagaan.

Sporting sungguh Dato’ Red dan Adira walaupun bukan lagi pasangan suami dan isteri. Nampaknya Adira sudah ada peminat yang cuba memikat hati Adira tanpa menunggu Adira tamat tempoh iddahnya. Apa pun ramai sebenarnya berharap Dato’ Red dan Adira kembali bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aiylamommy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

