Artis / Selebriti
” Dia pergi dengan muka, mata tu paling main peranan.. ” – Netizen
Parodi Aisha Retno Untuk Persembahan AJL38 Oleh Pempengaruh Hadrey Ali Buat Ramai Terhibur. Simple Betul Outfit Yang Digunakan. Part Pergerakan Wajah Dan Mata Tu Memang Sebijik Macam Aisha !!
Menerusi satu akaun Tiktok bernama Hadrey Ali, perkongsian sebuah video yang memaparkan sebuah parodi persembahan Aisha Retno ketika Anugerah Juara Lagu 38 yang lalu telah membuatkan ramai netizen berasa terhibur.
Lelaki ini hanya menggunakan sarung tangan getah dan juga sekeping duit syiling untuk meniru gaya pemakaian Aisha ketika AJL 38 tersebut. Wah, kreatif sangat sampai boleh terfikir dengan hanya menggunakan benda yang paling mudah.
Apa yang membuatkan ramai ketawa tidak kering gusi apabila Hadrey cuba meniru mimik muka Aisha ketika menyanyi. Hadrey hanya membeliakkan mata dan jelingan sahaja. Memang kelakar walaupun videonya sangat pendek.

Perkongsian video ini telah menerima 46 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Sebelum ini Hadrey telah membuat parodi gaya persembahan Aina Abdul dengan hanya menggunakan ranting dan daun kering.
Jom tonton video di bawah :
@diva.h.a bak kain suteraaa tengtengtengtiuww tengtengtiuwww 🤫🤫😡 #kainsutera #aisharetno #ajl38 #music #tiktokmalaysia #fyp
Ramai yang terhibur dengan parody yang dikongsikan oleh Hadrey ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Weyhhh atas Aina Abdul . Ni aisha Retno. takdan habis gelak. mudah ye guna sarung tangan getah je.. Terbang bang terbangggggg.. “
” Aah sudah..mcm² plak dorang request bang.. hahaha.tak pernah tak terhibur dgn ko bang.. Mata je yg main peranan.. “
” Kta perlukan versi panjang sikit.. mata mainkan peranan ehh.. dia pergi dengan mukaa.. alaa..simple jek ke…we want more.. “
” That last face tu, killing me hareyy betul lah.. Dia start je bkk mata dah dekah.. Tu syiling 50 sen atau 20 sen tu bang.. “
” Senang kje ek modal mata je .. ko mmg win la bab2 parody ni bang.. org tak buat lgi ni ,nanti bleh cuba.. Ada je idea dia.. “
” Weiii aisha retno tgk video nii dia pon gelak weii.. simple nau yaa..guna glove n bulatkan mata jer.. marsha milan lgi bang….catwalk je.. “
” Ingtkn Aina Abdul jrr dia buat trend parodi rupanya aisha retno skli.. lepas ni parodi Amir Jahari plak.. senang buat kerja bang.. “
Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif untuk meniru sesuatu kan. Ada sahaja idea yang menghiburkan oleh Hadrey jika anda mengikuti akaun TikTok Hadrey. Agaknya selepas ini nak tiru gaya siapa pula. Ada yang minta Hadrey buat parodi Amir Jahari, sama-sama kita tunggu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadrey Ali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



