Artis / Selebriti
” Dia punya ayat tu clever lah, teratur dan confident. Nanti boleh jadi pengacara ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Shuib, Ariq Matin mempromosi kedai makannya buat ramai terhibur. Part Matin tanya Atok dan Odey rating makanan tu paling kelakar. Comel lah Matin, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Shuib, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah anak ketiganya, Ariq Matin. Menerusi video itu, Matin berada di restoran milik Shuib dan membuat video promosi bersama atoknya, Raissuddin Hamzah dan neneknya yang dipanggil Odey.
Kepetahan Matin ketika bercakap ketika merekodkan video itu sekali lagi telah menarik perhatian ramai. Ramai yang meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Matin seolah-olah seperti seorang pengacara sebuah rancangan. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan Matin mempunyai bakat menjadi wartawan ataupun pengacara.
Selain itu, tahap keyakinan pada diri Matin juga mendapat pujian warganet. Seloroh mereka, semoga ada mana-mana restoran lain mengambil Matin untuk membuat review makanan kerana Matin seorang yang pandai bercakap dan perwatakannya juga sangat mencuit hati.

Sehingga kini, perkongsian oleh Shuib mengenai telatah Matin itu telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Part masa Matin tanya rating kepada Atok dan Odey paling mencuit hati, pasrah Matin apabila kena marah sebab kacau Atok tengah makan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet kepada Matin. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dia punya ayat tu clever lah, teratur dan confident. Nanti boleh jadi pengacara ni, hehe.. Kita tengok pun rasa cute sangat budak Matin ni, hehe.. “
” Suka laa matin ni level confident dia.. Bagus sangat anak2 Shuib ni. Jenis supportive & boleh buat business. Huhu boleh jadikan inspirasi.. “
” Matin ni copy paste shuib pye perangai ni, sebiji sejibot, haha.. Komen gaiss mna kedai2 boleh amek Matin niee review Dia kena marah pon relax, muka slamber itu yg kita nak “janji makan tak henti2, haha.. “
” Matin , you’re a natural.. Born to be in front of the camera.. Matin mmg ada bakat dah besar boleh jadi wartawan.. Pengacara.. “
” Ok la ok la.. Selamat makan la, pandai betul lah budak Matin ni .. Memang petah bercakap … Aura2 bakal jadi pgacara tu dah ada.. “
” Matin.. Macam Arwah Ibu matin, pandai ckp,.. Anak2 arwah Siti Sarah semuanya ada bakat yang hebat2.. Moga menjadi anak yang berjaya.. “
” Wahh.. Lepas ni mesti Matin dpt byk job review kedai makan, suka betul dengar dia bercakap.. Pandai dai susun ayat nak bercakap, hehehe.. “
Matin sememangnya seorang yang kelakar dan pandai membuat lawak. Semestinya sedikit sebanyak karakternya diwarisi daripada Shuib. Apa-apa pun, semoga Matin terus menjadi anak yang baik dan berjaya dalam apa jua bidang yang Matin ceburi nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

