Artis / Selebriti
” Dia punya ‘jahat’ dengan buat muka senyum tu berdekah. Part last tu kenapa comel sangat Tokti, hihi.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza berlakon secara maya bersama Rangga (Nicholas Saputra) versi dalam Filem Ada Apa Dengan Cinta buat ramai terhibur. Wah, tak sangka Tokti kelakar macam ni. Berdekah gelak tengok Tokti, haha..
Malam penuh indah di konsert Violet Skies, Dato’ Sri Siti Nurhaliza mengejutkan penonton dengan segmen istimewa yang mana Dato’ Sri Siti berlakon secara maya bersama watak ikonik Rangga daripada filem Ada Apa Dengan Cinta yang dilakonkan oleh Nicholas Saputra melalui paparan digital.
Siti muncul di atas pentas sambil sebuah skrin besar memaparkan imbasan salah satu adegan klasik antara watak Rangga dan Cinta, membangkitkan nostalgia filem tersebut. Siti menggantikan watak Cinta yang dipegang oleh Dian Sastrowardoyo.
Klip video tersebut memaparkan Nicholas Saputra yang menyampaikan dialog seolah-olah berinteraksi dengan Dato’ Sri Siti, satu kombinasi yang jarang digayakan di konsert tempatan. Namun watak dan dialog Dato’ Sri Siti membuatkan ramai terhibur.

Filem Ada Apa Dengan Cinta adalah satu fenomena bagi generasi zaman 2000-an. Penonton berasa bagai dibawa kembali ke era itu dan persembahan ini menunjukkan yang Dato’ Sri Siti sememangnya seorang artis yang serba boleh selain menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak GempakLive: Ada Apa Dengan Cinta yang ke berapa ya ni? #ViloetSkies #SitiNurhalizaLive #KonsertGempak
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan persembahan Dato’ Seri Siti yang agak berbeza daripada konsert sebelum ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Betui lah konsert tok ti laen dr yg laen.. tk ada yg dpt kalahkan lah di mata saya.. Dh tahu dh afwa pnya lawak dtg dari siapa.. “
” Siti Nurhaliza dah boleh ikut Maharaja lawak berdekahh hahahahah.. Jadi la buat lepas berangan berangan sama rangga, zaman sekolah hot giler cite rangga ni.. “
” Dia pny “jahat” dgn buat muka senyum tu berdekah.. dato k ada jadi cameo x? jahat versi suka. yg part last tu knp comel sgttt toktieeee…hihi.. “
” Comelnya tokti pakai centu.. Pernah Menang Anugerah Vocal terbaik dalam Album, Yang hebatnya Album Konsert Live di dlm album ini baru MANTAP.. “
” 30tahun dalam industry seni. Berusia 46tahun. Full package & Masih teguh teratas. itulah SITI NURHALIZA TARUDDIN.. “
” Untung siapa yg dpat tengok live.. Best la.. . Kami Di kuching sarawak tengok dari tiktok saja…. Tokti tak becadang buat concert Di kuching ke next.. “
” Dia pegi tukar baju pun org blh happy², gelak² sebab dia.. x perlu di isi dgn artis jemputan, org dtg konsert dia mmg nk tgk dia.. walaupun tgh tukar baju, org blh tgk dia.. konsert tokti memang.. “
Dato’ Sri Siti membuktikan yang sebuah persembahan boleh menjadi jambatan antara generasi, antara realiti dan fantasi. Siapa sangka, dua ikon dari dua dunia seni yang berbeza boleh ‘bertemu’ atas satu pentas, walaupun secara digital. Memang sangat kreatif.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

