Artis / Selebriti
” Dia punya sebut cili tu. Comel aihh.. ” – Netizen
Video Aaisyah Dhia Rana Bercucuk Tanam Bersama Bapanya, Zain Saidin Namun Slang Aaisyah Menyebut Cili Buat Ramai Terhibur. Part Tersilap Sebut Cili Padi Tu Memang Konfiden Habis, Kelakar Lah Aaisyah !!
Permata hari Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini sememangnya menjadi perhatian ramai orang kerana wajahnya yang comel dan cantik. Malah kepetahan Aaisyah Dhia Rana berkata-kata membuatkan ramai orang terhibur apabila mendengarnya.
Aaisyah kini sudah berusia 6 tahun dan dia sering mendapat pujian kerana kefasihannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik walaupun mempunyai dar4h kacukan Inggeris di sebelah bapanya. Dia juga pandai bercakap dalam loghat utara seperti ibunya, Che Ta.
Sejak akhir-akhir ini, laman Instagram Aaisyah sering dikemaskini oleh ibunya dengan memuatnaik video-video Aaisyah berada di rumah serta aktiviti Aaisyah sepanjang tempoh PKP ini. Pada yang mengikutinya pasti terhibur melihat gelagat Aaisyah.

Menerusi akaun Instagram, video Aaisyah bersama bapanya, Zain telah dikongsikan. Mereka sedang menanam cili di dalam pasu dan ia merupakan salah satu aktiviti Aaisyah ketika tempoh PKP ini. Aaisyah nampak teruja dan gembira dengan pokok cili yang ditanamnya.
Tonton video di bawah :
Slang Aaisyah menyebut cili telah menjadi perhatian ramai netizen. Antara komen-komen mereka :
” Dia punya sebut cili tu. Comel aihh.. “
” Bila cakap omputih slanggg gitchewww. Bila cakap melayu, slang utagha dia bagiii . Terbaik Aaisyah .. “
” Amboihhhh omputeh berabok ampaaaa ecahhhh.. “
” At last Aaisyah says “chillie the red one”.smart escape.. “
” Ecah confident cili padi. Daddy dia kata cili biasa lah. Muka dia berubah. Comey je haha.. “
” Amboiiii drama queennn sgt !!!! gedik ecahh oiii tapi suka tgk .. “
” Chillyyy… pekat aihhh.. “
Wah, seronok nampaknya Aaisyah menanam pokok cili. Tetapi part Aaisyah menjawab jenis cili yang ditanamnya itu bukan main konfiden habis sekali salah dan malu sendiri. Pandai Aaisyah cover walaupun muka nampak berubah. Hehe. Terhibur dibuatnya !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aaisyah Dhia Rana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

