Artis / Selebriti
” Dia tarik tangan aku depan cermin, dia tanya ‘you rasa you lawa tak’.. ” – Datin Shahida
Video Datin Shahida bercerita mengenai sikap Dato’ Aliff yang sebenar buat ramai terhibur. Sampai macam tu sekali Dato’ kalau Datin tak bersiap cantik. Fuhhh, betul-betul penyabar Datin ni..
Bagi yang gemar mengikuti siaran langsung Datin Shahida di akaun TikTok, pasti akan terhibur dengan celotehnya yang bersahaja. Lebih-lebih lagi apabila Datin Shahida berkongsi cerita mengenai suaminya, Dato’ Aliff Syukri. Setiap kisah yang diceritakan selalunya dekat dengan kehidupan seharian dan berjaya mencuit hati ramai yang menonton.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik dherbs_hq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Datin Shahida sekali lagi bercerita tentang sikap suaminya itu. Menerusi video tersebut, Datin Shahida mendedahkan bahawa Dato’ Aliff seorang yang sangat mementingkan penampilan isterinya, walau dalam situasi santai sekali pun.
Menurut Datin Shahida, pernah satu ketika dahulu dia mengenakan pakaian yang ringkas dan sederhana. Namun tanpa disangka, Dato’ Aliff telah menarik tangannya dan mengajaknya melihat diri sendiri di hadapan cermin, dan bertanya adakah penampilan Datin Shahida seperti itu kelihatan cantik.

Bukan itu sahaja, Datin Shahida turut berkongsi satu lagi ‘perangai’ suaminya yang mencuit hati ramai. Katanya, Dato’ Aliff tidak gemar membuka radio ketika mereka menaiki kereta dan hanya mahu mendengar lagu nyanyiannya sendiri sepanjang perjalanan sehingga Datin Shahida dan anak-anak terpaksa akur dengan keputusan Dato’ Aliff itu.
Tonton video di bawah ini :
@dherbs_hq Korang ada tak situasi yang sama dengan kitorang cuba kirang komen pengalaman uolls @Nur Shahida Mohd Rashid @Aliff Syukri Kamarzaman #dherbs #papalaris
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur selepas mendengar cerita Datin Shahida tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Serius datin. Tolong bg tips mcm mana nk jd sabar mcm datin. I is cannot lh, haha. Tp mmg teringin nk jd isteri yg penyabar cm gitu.. “
” Tahniah datin.. Sgt sabar & tabah.. Semoga rumahtangga dato & datin kekal bahagia till jannah.. Biasalah semua lelaki macam tu datin, hehe.. “
” Hahahaha lenguh pipi kita dengar cerita Datin.. Huhu penyabar betul Datin dengan Dato’ .. Alhamdulillah harmoni rumah tangga.. “
” Tertbalik plk.. Saya tak suka dengar radio, laki plk suka.. Menang kat dia la, saya suami katanya… Sabar mcm datin tk sy, hehe.. “
” Kenapa sme ngn suami sy, hahahahaa bebel sepanjang jalan dan coment klaw tak siap betul2.. Kalau dorang selekeh tak apa, kita je tak boleh.. “
” Lucu betul lah, hahaha datin, dia kan penyanyi no satu, hahahaah.. Papa ni bijak. Sebenarnya tu nk jdkan kenangan je tuu mama.. “
” Tinggi betul kesabaran datin, haha.. Tak semua orang boleh tahan sabar. Btw cute je semua cerita pasal Datin dan dato.. “
Perkongsian Datin Shahida ini bukan sahaja menghiburkan, malah memperlihatkan sisi kesabaran Datin Shahida sebagai seorang isteri dalan kehidupan rumahtangganya. Gelagat dan cerita santai sebegini membuatkan ramai warganet terus setia menantikan live Datin Shahida yang seterusnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok dherbs_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

