Artis / Selebriti
” Dimples dia mahal. Macam tak makan usia, cantik.. ” – Komen Netizen
Video temubual bersama pelakon dan pengacara, Wan Khatijah Wan Othman bersama suaminya, Azlisham Ibrahim curi perhatian ramai. Alahai maintain manis Wan Khatijah, rumah pasangan ini pun cantik sangat dekorasinya..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik majalahpama, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan temubual bersama pelakon dan pengacara, Wan Khatijah Wan Othman dan suaminya, Azlisham Ibrahim yang merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.
Sudah pastinya ramai yang merindui lakonan Wan Khatijah ini kerana Wan Khatijah sudah lama meninggalkan dunia seni untuk mahu menumpukan urusan rumahtangganya. Menerusi video itu, Khatijah ada berkongsi mengenai dekorasi rumahnya.
Selain itu, sempat juga Wan Khatijah dan Azlisham berkongsi cerita detik pertama perkenalan yang menjadi titik mula kisah cinta mereka dahulu. Meskipun terus meniti usia, dilihat Wan Khatijah masih kekal cantik dan kini hidup bahagia di samping suami tercinta.

Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa rindu mereka terhadap lakonan Wan Khadijah dan dalam masa yang sama terpegun melihat penampilan Khatijah sekarang yang dikatakan tidak begitu dimamah usia serta kekal awet muda.
Tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet mengenai Wan Khadijah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dimples dia mahal. Macam tak makan usia, cantik.. Mcm dulu je Wan Khatijah ni.. Juara dewi remaja /1994/95 Wan Khatijah.. “
” Cantik wan Khatijah mcm dlu2.. Tak mkn usia ye.. Suami pun masa muda hensem… Dah berumur dua2 still cantik dan hensem jgk… Sesuai umur.. “
” Wan Khatijah org ganu rae.. Minat sgt dia ni zaman 90an.. Pernah berlakon anak mami yang keluar suara garau, haha.. Sampai sekarang teringat cerita tu.. “
” Suka sgt couple ni…. Moga terus berbahagia hingga syurga.. Suka tengok bila berusia bersama masa, nampak ayu dan tenang.. “
” Manisnya dia senyum… Tak nampak tua langsung.. Maintain je cantiknya.. Husband Khadijah ni pun supertar jg.. “
” Lamanya tk tgk dia org comey Wan Khatijah.. Zaman Azlisham minat sgt… Wan pun still cantik smp sekarang.. Pasangan ni ada berapa anak yer.. “
” Suka tengok couple ni dulu kat majalah nampak loving sangat.. Pasanga sama cantik sama padan dlu2 ingt masa dorang muda2.. “
Manis sungguh senyuman Khatijah, masih kelihatan anggun seperti zaman muda dahulu. Dekorasi kediamannya juga begitu menyenangkan walaupun sederhana, ianya tetap kelihatan elegan. Untuk sekadar info, Wan Khatijah merupakan pemenang Dewi Remaja 1995 dan kali terakhir muncul dalam drama adalah pada tahun 2008.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahpama
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

