Artis / Selebriti
” Diorang ingat kami K-pop kut.. ” – Zoey Rahman
Video sekumpulan minah salleh teruja untuk bergambar bersama Fattah Amin dan Zoey Rahman di London raih perhatian ramai. Wah minah salleh pun suka Fattah tau. Comel part sebut nama Fattah tu..
Meninjau ke akaun Tiktok Zoey Rahman, perkongsian sebuah video yang memaparkan sekumpulan wanita inggeris mengerumuni Fattah Amin dan Zoey Rahman ketika berada di London telah meraih perhatian ramai. Mereka mengajak untuk bergambar bersama.
Wanita-wanita tersebut nampak begitu teruja untuk bergambar bersama seperti bertemu dengan selebriti yang mereka kenali. Wah, betul-betul ‘mendonia’ jika Fattah dan Zoey dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Nampak sangat kegembiraan mereka.
Fattah dan Zoey melayan sahaja permintaan mereka dan selepas bergambar masing-masing mengucapkan terima kasih. Dalam masa yang sama dapat didengari mereka menyebut nama Fattah. Tidak hairanlah kerana Fattah dan Zoey merupakan jejaka handsome dan antara tarikan yang ada pada mereka.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Zoey turut menulis pada video yang dikongsikannya dengan menyatakan mungkin wanita-wanita tersebut menyangkakan mereka merupakan artis K-pop.
Jom tonton video di bawah :
@zoeyrahman 😂
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Mcm mn dorang boleh kenal Fattah? woww mek saleh excited, Apa yg diorang teruja sgt tu.. yaa sy rasa ingat kpop.. “
” Lah suka bebeno dieorg yee.. xpelaaa.. janji semua bahagiaa.. teruja sangat tu. Fattah tu celah gigi zoey rahman je. Diorg nak bergambar dgn zoey je sebenarnya.. “
” Diorg ingt Henry Cavill kot. zoey gerak geri gasing ni mmg x mkn usia ke. lain pulak rupa zoey rahman. lebih nk bergambar dgn zoey tu.. “
” Sebab tu malas gi Europe. Nanti tak berjalan aku. Fattah natural handsome, tak ejas muka mana2 pun… diorang nak snap dgn zoey sebenarnya. tak nampak ke zoey ajak fattah sekali begambar.. “
” Tak nak lah g London kalau gitu. Tu baru fatah yg pergi dah ramai yg nak ambik gambar.. Kalau aku yg pergi.. Sekampung kot yg nak ambik gambar.. “
” Tinggi betul fattah dengan org barat pun tinggi dia lagi.. Mcm mana diorang boleh kenal Fattah and Zoey? Serious question. Jgn kecam haha.. “
” Mesti minah salleh ni follow zoey since gerak geri gasing. Mesti dia org teringin nak menang set barbie dulu. fattah amin…kena berjinak2 berlakon di hollywood pulak…baru dia mendonia.. “
Wah, bukan senang untuk dikenali ramai sehingga ke negara asing. Mana tahu selepas ini kedua-dua selebriti ini bakal melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa pula. Apa-apa pun, semoga Fattah Amin dan Zoey Rahman sukses selalu dalam karier mereka. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zoeyrahman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

