Artis / Selebriti
” Dress by Daddy tu so cute. Comelnya princess Rizqaa, lain dari yang lain.. ” – Netizen
Rizman Nordin Kongsi Gambar Photoshoot Anaknya Rizqaa. Wajah Si Kecil Bersama Busana Indahnya Jadi Tumpuan. Kalau Dah Anak Pereka Fesyen, Memang Kebabo0m Lah Bajunya. Macam-Macam Style, Comel Sangat Princess Rizqaa !!
Pereka fesyen terkenal yang cukup sinonim dengan label Rizman Ruzaini, Rizman Nordin baru sahaja menimang cahayamata pertamanya 2 September yang lalu. Anak sulung Rizman dan pasanganya Nurida Suraya ini dinamakan sebagai Rizqaa.
Rizman dan Nurida sejak awal lagi sudah memaklumkan bahawa mereka akan menimang cahayamata perempuan. Ianya ada dikongsikan di Instagram mereka beberapa bulan sebelum kelahiran Rizqaa. Kelahiran Rizqaa menjadi pelengkap kepada rumahtangga Rizman dan Nurida.
Rizqaa mewarisi kecantikan dan kekacakan wajah Nurida dan Rizman dan ini membuatkan wajahnya nampak comel sekali. Dengan keningnya yang nampak seperti diukir, wajah Rizqaa semakin hari nampak mirip seperti ibunya, Nurida. Perkongsian mengenai Rizaa pastinya akan mendapat view yang tinggi daripada netizen.

Meninjau akaun Instagram Rizman Nordin, telah dikongsikan gambar Rizqaa ketika membuat sesi photosho0t. Rizqaa yang dipakaikan beberapa tema berlainan nampak sangat cute dalam busana rekaan Rizman ini. Alahai boleh buat koleksi pakaian untuk bayi perempuan lah selepas ini nampaknya Rizman Ruzaini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Rizqaa dalam tema karton animasi Aladin mengayakan pakaian ala-ala Puteri Jasmine bersama karpet terbangnya.
Tema animasi Sleeping Beauty pun turut direka gaunnya oleh Rizman. Cantiknya si tuan puteri apabila memakai gaun khas daripada ayah kesayangan ini.
Perkongsian ini mendapat pujian dan perhatian daripada rakan artis dan juga peminat. Antara komen-komen mereka :
” Syoknye jd anak pereka fesyen.. Semua princess dia boleh jd.. “
” Untung dpt daddy designer baju. Mmg cntik selalu la pricess daddy gayakn.. “
” Wakey wakey Snow White.. Comey nya Rizqaa.. “
” Comelnya Daddy Princess Rizqaa buatkan dress.. Bestnya baby Rizqaa baju lawa.. “
” MashaAllah comel nya Snow White ni.. Untung la rizqaa hari2 pakai baju rekaan daddy.. “
” Dress by Daddy tu so cute. Comellllnye princess lain dri yg lain.. “
” Lps ni fesyen baby pulak Daddy reka.. modelnya Rizqaa for sure.. “
” Seronok rizqaa ada daddy designer boleh buat dress lawa2 nanti.. “
Alahai ger4m tengok Rizqaa semua versi pun on je bajunya. Pandai sungguh daddy reka baju baby girl, sesuai sangat dengan princess Rizqaa. Semoga Rizqaa sentiasa di bawah lindungan Allah, menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua orang tua dewasa kelak. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rizman Nordin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

