Artis / Selebriti
” Dulu ayah struggle dengan komedi sahabat, rupanya lebih struggle lawan komedi awak.. ” – Achey
Video Achey Bocey Dan Anaknya, Tiara Zinnirah Bermain Ping Pong Buat Ramai Terhibur. Amboi, Macam-Macam Gaya Tiara Buat, Sampai Stress Achey Dibuatnya. Part Last Tu Boleh Pulak Tiara Menari Poco-Poco, Haha !!
Meninjau ke akaun Intagram Achey, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat anak Achey iaitu Tiara Zinnirah bermain ping pong telah membuatkan ramai terhibur. Tiara bermain ping pong bersama bapanya di dalam rumah.
Tiara memberikan pelbagai gaya ketika bermain ping pong. Dalam masa yang sama Achey turut mengajar Tiara cara memukul bola ping pong. Rupanya Tiara tidak serius untuk belajar, Tiara sempat lagi membahan bapanya dengan menunjukkan gaya menari.
Di ruangan kapsyen, Achey telah menyatakan bahawa dahulu dia tidak dapat menahan diri dengan lawak-lawak daripada sahabat-sahabatnya tetapi kini lebih sukar menahan diri melayan gelagat lawak anaknya sendiri. Tiara sememangnya mewarisi bakat Achey.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Achey tidak boleh berehat dengan melihat gelagat lawak Tiara setiap hari. Tiara lah penghibur hati di rumah buat Achey dan isteri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa apabila melihat gelagat Tiara. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Kebahagiaan acey n wife… anugerah terindah dr Allah buat anda sekeluarga.. Sweet mcm Mama tapi perangai memang AYAH.. “
” Hahahaa awak kn tiara mmg betul2 lah… kelakar aunty suka.. Tolong ye tiara jng bsr lg comel sngat. Menghiburkn la tiara ni.. “
” Sape yg pelawak sebenarnya ni…. Adooi anak.. Comel sangat masyallah terhibur acik tengok.. Aduh terhibur sgt la aunty tgk tiara ni. Smpt lg btulkn spen.. “
” Aduii tiara lagi lawak dari ayah eh.. Hahaha kita nak kena praktis macam tiara juga ke? Gaya kena ada tiara.. anak betuah sorang nilh.. “
” Waaah dah besar Tiara.. cute.. Ahahahahahahaha terhibur mlihat telatah tiara ni… cerdik budak ni.. Ada gaya jd atlet Olimpik ni.. “
” Pehal comel sangat tiara gigit pipi kang.. Alahai tiara oiiii… Hilang stress acik.. Dengar tiara gelak..terhibur.. Ayah ada standby tong oxygen tak… Halah.. Semputttttttt.. “
” Penghibur tiara nie. Kalau stress layan tiara jap sure release.. MasyaAllah little girl you are super duper cuteeee .. Bakor darah nak train kalau gini gaya.. “
Bak kata pepatah, bapa borek anak rintik. Tiara nampaknya mengikut jejak Achey yang merupakan seorang pelawak. Semoga Tiara Zinnirah membesar menjadi seorang anak yang baik, solehah dan berjaya dalam kehidupan di dunia serta di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

