Artis / Selebriti
” Dulu saya fikir diri saya lemah, saya lima tahun bertahan.. ” – Puteri Sarah Liyana
Video Puteri Sarah Liyana tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi tentang kehidupannya dalam satu program di Indonesia undang sebak ramai. Tak sangka sekuat ini Sarah kena hadap..
Puteri Sarah Liyana sekali lagi menyentuh hati ramai menerusi perkongsian dalam sebuah program di Indonesia. Menerusi program tersebut, beliau membuka cerita tentang perjalanan hidupnya yang penuh ujian, termasuk fasa jatuh bangun sebagai seorang wanita dan ibu.
Menurut Puteri Sarah, tidak semua orang memahami betapa penatnya menjadi kuat setiap hari. Ada ketika hati terlalu lelah, dunia terasa berat dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa menyedari. Namun, setiap kali melihat anak-anak, hadir satu kekuatan baharu dalam dirinya untuk terus bangkit meneruskan kehidupan.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian ramai selepas dimuatnaik di platform media sosial. Kata-kata yang diluahkan cukup dekat dengan hati para ibu yang pernah melalui fasa sukar dalam kehidupan. Puteri Sarah juga tidak menahan sebak ketika podcast tersebut.

Ramai netizen tersentuh dengan luahan tersebut dan meninggalkan komen positif serta kata-kata semangat buat Puteri Sarah. Ada yang menyifatkan beliau sebagai wanita kuat kerana mampu melalui pelbagai ujian dengan tenang demi anak-anak tercinta.
Jom tonton video di bawah :
Pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Bangkit dgn lebih yakin dan kuat Lady Boss Sarah. Ujian dan Kenangan yg menyakitkan itu tlh mematangkan Sarah. In shaa Allah, kehidupan yg lebih indah menanti di depan.. “
” Semoga berbahagia hgga ke Syurga dgn pilihan hatimu. SOON, In shaa Allah, Aamiin. sabar itu kekuatan. jangan bersedih sarah. allah meguji kita sarah sabar itu.. “
” Ketawa dlm duka,siapa yg pernah diuji mcm sarah,dia akan faham,termasuk diriku,harus kuat sbb anak”,doa ku moga sarah kuat terus kuat.. “
” Happy mother’s day Sarah. Hidup ini penuh ujian semoga allah ganti hidup yg baik tanpa ujian lagi aamiin.. “
“Sedihnya…… Doa terbaik utk sarah insyaallah muncul pelangi yg indah, bahagia dan berjaya.. teruskan melangkah, hugs sarah dr jauh.. “
” Saya 13 tahun sakitnya sebb anak Kita jadi korban kebahagian dirinsdr… Allah Maha melihat Dan mendengar.. ending Kita Rasa nikmat bila sudah terlepas dgn kehidupan toksik. “
” Semoga dipermudahkan urusan Puteri Sarah . Stay strong sis . Semua berlaku ada hikmah. Percaya pada tak dir yang tertulis.. “
Selain berkongsi tentang kehidupan peribadi, podcast itu juga memperlihatkan sisi matang dan lebih tenang Puteri Sarah dalam menghadapi setiap cabaran hidup. Bagi ramai peminat, keikhlasan dan ketabahannya menjadi inspirasi terutama buat wanita yang sedang berjuang membina semula kehidupan.

Silakan SHARE..
Sumber : TT PSL
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

