Artis / Selebriti
” Family ni cantik sangat. Tok besan baik, bakal menantu baru pun baik.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Shuib Sepahtu Sekeluarga Menghadiri Open House Raih Perhatian Warganet. Wah Watie Pun Ikut Sama Lah, Cantik Pakai Baju Sedondon Lagi. Nampak Mesra Anak-Anak Shuib Dengan Watie. Alhamdulillah Merasa Kasih Sayang Ibu !!
Kedatangan Syawal kali ini semakin meriah buat Shuib Sepahtu kerana sambutan kali ini turut sama dihadiri oleh bakal isterinya, Watie Hanifiah. Sejak dari 1 Syawal lagi, Shuib secara terbuka berkongsi gambar rayanya sekeluarga bersama Watie.
Tidak hanya Shuib dan anak-anak, malah Watie juga mengenakan busana warna sedondon. Semestinya gambar ini menarik perhatian warganet. Watie sepertinya tidak kek0k bersama anak-anak Shuib dan terlihat seperti sebuah keluarga.
Meninjau akaun Instagram Suciumais atau Makder, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Makder, Raissuddin Hamzah, Shuib dan anak-anak serta Watie menghadiri open house isteri Fad Bocey di Jitra, Kedah.

Seperti hari raya pertama, kali ini juga Shuib dan Watie serta anak-anak memakai baju sedondon warnanya. Wah Ayash begitu mesra berdukung dengan bakal mama dia ni. Alhamdulillah Allah sebaik-baik Pengatur.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Makder ini telahpun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hebat nya hubungan yg Allah izinkn ni.. wlupun arw4h dah tak ada , tapi ayah dan makder ttp dgn Syuib wlupun hadirnya org baru.. dpt la ayah dan makder tumpang kasih sayang ank perempuan.. “
” Family ni cantik sangat. Ttp rapat satu sama lain. Tok besan pun baik. Bakal menantu baru pun baik. Makder pun baik. Semoga keluarga ni sentiasa dirahmati Allah SWT.. “
” Jitra dekat mana tuuu…. Mai lerr beraya dirumah mak der… Segaknyaaa baju makderr.. “
Nampaknya Aidilfitri kali ini, Shuib membawa Watie bertemu dengan keluarga dan sahabat handai. Semakin dekat dengan hari bahagia Shuib dan Watie, semakin berseri-seri pula bakal pengantin baru ini.

Shuib bahagia dan anak-anak juga happy, itu sudah cukup untuk mereka sekeluarga. Makder dan Raissuddin juga akan mendapat ahli keluarga baru selepas ini. Apa-apa pun, semoga segala perancangan untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan untuk Shuib dan Watie.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Makder, IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

