Artis / Selebriti
” Finally, I gave my husband a lato lato.. ” – Fazeera
Video isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri kongsi tempatnya berpantang curi perhatian ramai. Wah cantiknya tempat berpantang, dah macam tinggal dekat hotel. Kapsyen Fazeera tulis pun win sangat, hehe..
Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara, Fizo Omar telah berkongsi berita gembira isterinya iaitu Fazeera Nazri telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka. Khabar gembira itu dikongsikan oleh Fizo di satu hantaran di Instagram. Untuk info, Fizo mempunyai seorang anak yang bernama Wan Maryam menerusi perkahwinan pertamanya.
Tulis Fizo, meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi diberikan peluang menyambut sendiri kelahiran anaknya dan memaklumkan bayi mereka adalah seorang bayi lelaki yang dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Fazeera, telah dimuatnaik video yang memaparkan Fazeera kini sedang menjalani proses berpantang di sebuah tempat bernama Ibucare Confinement. Menerusi video itu, kelihatan ibu Fizo dan dua anak perempuan turut hadir melawat Fazeera di sana.

Di ruang kapsyen, Fazeera telah mengatakan akhirnya dia dapat memberikan Fizo seorang anak lelaki yang ditulisnya ‘ lato lato ‘ dan berterima kasih kepada Fizo kerana membawa anak-anak datang melawatnya. Perkongsian oleh Fazeera tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan turut memberikan kata ucapan tahniah kepada Fazeera. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tahniah to both of U.. Selamat berpantang kepada Fazz n semoga Fazz n baby sihat selalu.. Seronoknya, akhirnya dapat baby boy.. “
” Congratulationssss finallyyy dpt jgkkk pewarissss.. Tak shabarrr nk tgok muka babyyy boyyy mesti encemmm mcm Papa n mama dia.. “
” Abe Joe dh ado kawe doh. Syukur.. Alhamdulillah. Tahniah Faz & Fizo.. Gembiranya si kakak2 yg comey dpt adik baru.. “
” Lato2 ek… hahaha comei hampa.. Suka Abe joe dpt baby boy.. Tahniah.. Tumpang happy tengok tau, selamat berpantang hampa.. “
” Alhamdulilah.. Semoga happy selalu selamat berpantang Faz.. Mesti comel sangat baby boy kali ni, tak sabar nak tengok.. “
” Akhirnya lato lato…. Tahniah Abe Joe and wife.. Keluarga bahagia.. Abe Joe ada geng.. Selamat berpantang buat isteri Fizo.. “
” Syukur Alhamdulillah… Tahniah Faz dan Fizo.. Semoga baby membesar menjadi anak yg solleh dan solehah…. Insya Allaah.. “
Alahai seronok melihat momen pasangan ini yang baru sahaja menerima ahli keluarga baru. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Fazeera dan Fizo atas kelahiran cahaya mata keempat mereka. Semoga baby terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ffezyranesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

