Artis / Selebriti
” First time nampak dia hyper. Excited betul dia bercerita pasal husband, hehe.. ” – Netizen
Video Fazeera Nazri Kongsi Cerita Detik Perkenalan Awal Dengan Fizo Omar Buat Ramai Terhibur. Wah Crush Dari Umur 11 Tahun Lagi Rupanya. Siapa Sangka Akhirnya Jadi Suami. Excited Betul Fazeera Bercerita. Biasanya Soft Spoken Je, Haha !!
Bekas pramugari penerbangan Qatar Airways, Fazeera Nazri mendirikan rumahtangga bersama aktor tampan, Fizo Omar pada tahun 2021. Sejak dari itu, Fazeera menjadi tumpuan ramai dan ramai yang suka dengan cara Fazeera memberikan kata-kata motivasi.
Meninjau entry di akaun Tiktok Zarul Umbrella, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fazeera menjadi salah seorang jemputan untuk program Borak Dalam Gallery Raya. Program ini dihoskan oleh Zarul sendiri. Riuh rendah juga apabila semua bekas pramugari dan pramugara berkumpul.
Menerusi video ini, Fazeera berkongsi cerita mengenai kisahnya dengan Fizo. Kata Fazeera, sejak usianya 11 tahun lagi dia sudah meminati Fizo. Dari melihat di kaca TV, akhirnya Fazeera berpeluang bertemu mata dengan Fizo ketika Fizo menaiki pesawat Qatar.

Di situ lah bermulanya perkenalan mereka dan ianya akhirnya membawa ke jinjang pelamin. Seronok warganet mendengar cerita Fazeera. Bagi yang mengikuti Fazeera pasti menyedari perbezaan intonasi suara Fazeera kali ini, berubah terus Fazeera daripada soft spoken menjadi hyper apabila bercerita mengenai crush, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@zarulumbrellaofficial #borakdalamgalleyraya Macamana boleh kenal Fizo Omar
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 42 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” First time nampak dia hyper, sebelum ni soft g1la.. bila pompuan cerita pasal crush hehe.. bahagia betul faz dapat kahwin dengan crush.. takdir susun dah cantik.. ”
” Bila perempuan cakap pasal crush kemain hyper.. Jujur betul budaknya Faz ni. jenis lurus sikit, selalu tengok live faz dengn fizo.. ”
” Kita dengar pun seronok … ikhlas betul dia.. nampak dia seorg yg baik dr cara bckp, xpandai nk putar belit.. ”
” Nampak dia seorang yang baik dari cara bercakap, tak pandai nak putar belit.. excited betul dia citer pasal husband. minat giler.. ”
” Best dengar dia bercerita… kita excited dengar.. Mcm lisa surihani jgk tak sangka dapat kawen dengan yusry kru.. ”
” Pernah dgr faz crita dulu dia mmg crush fizo dr muda tapi dia redho je bila fizo kawin n x kacau pun. then rezeki dia la fizo single balik.. ”
” Ingatkan pendiam, riuh jugak faz ni. Seronok dengar dia bercerita macam ni. ni yg dikatakan teruja kan. Penceritaan pun nmpk bahagia sgt.. ”
Bukan selalu warganet dapat melihat karakter Fazeera yang hyper seperti ini. Selalunya tone suara Fazeera slow dan lembut, kali ini nampak begitu teruja bak komen warganet. Apa-apa pun, Allah takdirkan yang terbaik untuk Fazeera dan Fizo. Semoga pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zarul Umbrella
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

