Artis / Selebriti
” First time tengok video Pak Mat Western aku nangis wei. Iklan paling sedih.. ” – Komen Netizen
Penampilan khas Jalil Hamid dalam iklan terbaru Pak Mat Western buat ramai menitik air mata. Jalan cerita yang begitu menyentuh hati. Boleh meraung tengok lakonan padu Jalil dan Una ni, sedih sangat..
Pak Mat Western selalu tampil dengan idea-idea fresh untuk iklan produk mereka. Jika sebelum ini sudah ramai yang berlakon untuk iklan Pak Mat Western antaranya Dato’ Red, Fattah Amin, Shuib Sepahtu dan ramai lagi. Kali ini giliran pelakon senior Jalil Hamid pula diambil oleh Pak Mat Western.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan video iklan penuh lakonan Jalil Hamid dan Una. Mengisahkan dugaan hidup seorang ayah yang terpaksa menyerahkan anaknya kepada pasangan lain semata-mata untuk melihat anaknya hidup sihat.
Namun pengorbanan seorang ayah tidak diketahui oleh si anak dan sehingga dewasa, anak itu menyangka ayahnya membuangnya. Lakonan mantap oleh Jalil ini meruntun hati ramai. Riak wajah Jalil dan dialognya simple dan bersahaja, namun penghayatannya sampai ke hati penonton.

Una juga tidak kurang hebatnya dan lakonannya memberikan impak untuk iklan ini. Banyak yang dapat dipelajari menerusi iklan kali ini dan semuanya mengenai pengorbanan serta besarnya kasih sayang seorang bergelar ayah. Kasih sayang seorang ayah selalu tidak diluahkan tetapi ditunjukkan dari tingkah laku.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” First time tgok video pak western aku nangis weii.. biase tgok gelak jee.. Semoga uncle Jalil Hamid sentiasa sihat selalu,semoga di panjangkan usia.. Aamiin. suka lakonannya.. “
” Aduh pakmat ni.. petang2 ni buat airmata mengalit pula. Dahlah tgh hujan lebat kat luar sana.. “
” Ya Allah murahkan rezeki owners pakmat western ni sbb selain ambik artis2 muda, dia tak lupa support pelakon veteran utk promote barang dia.. terbaik.. “
” Saya nak Ayahhhhh dan makkkkkk sayaaaa… ya Allah sampaikan salam rinduuuu ku buat ibu bapa kuuu.. satukan kami di akhirat kami dan masukkan kamiii dalam syurga mu… Allahummaqfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fuanhum.. “
” Adoiii.. pak mat ni buat hal laa.. berayaq mata plk aku weyyy.. Jahattttt la pak mat buat org meraung ptg2 ni.. “
” Ala aku tengok mula-mula je pun aku dah nangis.. tak tengok sampai habis lagi dah meraung ni.. “
” Sedihnya iklan ni. Menangis saya.. saya rasa ini iklan terbaik pak mat so far.. part last potong la ayah.. baru berair mata tau.. “

Iklan yang membuatkan semua menangis tanpa sengaja. Pengorbanan seorang ayah yang ada kalanya tidak disedari oleh si anak dan semuanya kerana desakan hidup. Iklan terbaik oleh team Pak Mat Western yang pastinya meninggalkan kesan di hati semua yang bergelar anak. Hargailah ayah sementara dia masih ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Pakmatwestern
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

