Artis / Selebriti
” Fuh 2 kali pecah rekod memang hebat Rayyan ni. Laju betul dia pecut.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Kejayaan Anak Sulung Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin Kali Ke 2 Pecah Rekod Larian 100 Meter. Fuh Memang Hebat Rayyan Ni, Laju Betul Pecutan Tu, Patut Lah Pecah Rekod. Ayat Last Rita Tu, Makan Dalam Betul !!
Kehidupan Rita Rudaini dan 2 orang anak lelakinya seringkali menjadi perhatian ramai. Bertindak sebagai ibu dan juga bapa, cara Rita mendidik anak-anaknya ini membuatkan ramai yang kagum dan menjadikan Rita sebagai inspirasi dan contoh ibu tunggal yang hebat.
Pada perkongsian terdahulu, Rita ada berkongsikan berita kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin dalam kejohanan MSSD. Rayyan yang mewakili MRSM Sungai Besar untuk acara larian 100 meter berjaya pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam.
Hari ini satu lagi berita gembira dikhabarkan oleh Rita. Menerusi perkongsian Rita di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan aksi Rayyan bagi acara larian 200 meter. Berkat usaha Rayyan, satu lagi rekod MSSD berjaya dipecahkan.

Warganet memuji kehebatan Rayyan, bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi juga berbakat dalam sukan. Melihat kepada larian Rayyan, tidak mustahil anak muda ini boleh menjadi wakil negeri dan negara suatu hari nanti. Bangga betul Rita ada anak yang sehebat ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak yg hebat… hebat dlm pelajaran, ilmiah, sukan, ank2 sopan penuh kasih sayang, tahniah rita. Mendidik ank dng bagus.. Alhamdulillah.. ”
” Anak hebat hasil didikan dari ibu yg hebat .. nanti besar dia akan jadi orang hebat, believe me.. terus maju jaya Rayyan dalam pelajaran dan sukan.. ”
” Tahniah ryan semoga ryan dpt wakil selangor & malaysia suatu hari nanti.. jd pelari pecut wakil Malaysia.. semoga terus cemerlang dunia Dan akhirat.. ”
” Wahh hebat anak mommy nnt boleh join sukma.. Semoga Ryan terus cemerlang dunia & akhirat. Aamiin yra.. ”
” ‘Sebagai ibu bapa rayyan, mommy bangga…’ makan dalam.. tahniah Rita.. bakal olahragawan negara ni.. ”
” Alhamdulillah tahniah anak bertuah Rita Rudaini.. berkat doa seorang Ibu yg hebattt.. saya plak sebak.. ”
” Tahniah Rayyan, fuh 2 kali pecah rekod memang hebat Rayyan ni.. Laju betul dia pecut.. goosebumps kita tengok.. bangga tengok kejayaan Rayyan.. ”
Terbayar segala penat lelah Rita membesarkan Rayyan dengan segala kejayaan yang diperolehi. Bukan sahaja Rita yang bangga, warganet juga tumpang bangga dengan kejayaan Rayyan ini. Terus maju Rayyan dan menjadi bintang yang bersinar pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

