Artis / Selebriti
” Fuh cantik sangat bilik Afwa, dah macam showroom.. ” – Netizen
Dato’ Seri Siti Nurhaliza Kongsi Video Bilik Anaknya, Muhammad Afwa Hasil Sentuhan Lentera Creative Home Buat Ramai Kagum. Fuh Cantik Betul Dekorasi Bilik Afwa. Tokti Pun Excited Tengok, Memang Gempak Lah. Tak Keluar Bilik Afwa Nanti, Hehe !!
Menerusi akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bilik anak lelakinya, Muhammad Afwa setelah siap dihias. Cerita DS Siti, semua ini adalah hasil tangan Lentera Creative Home yang merealisasikan impian DS Siti.
Dekorasi yang kelihatan kemas dan elegant ini membuatkan bilik Afwa kelihatan sangat cantik. Setiap sudut dilengkapi dengan hiasan yang berlainan. Ada sudut gambar keluarga dan juga replika kereta mainan Afwa. Pemilihan warnanya juga sangat menarik.
Sentuhan moden yang membuatkan DS Siti sendiri terlebih excited. Dapat dilihat, wajah kegembiraan DS Siti saat mula melangkah masuk ke dalam bilik Afwa. Bukan main panjang lagi ‘woww’ DS Siti tu apabila melihat ruangan yang menempatkan katil Afwa.

Tidak hanya DS Siti, Aafiyah juga happy melihat bilik adiknya ini. Afwa masih kelihatan mamai kerana baru bangun daripada tidur. Untung betul Afwa, kecil-kecil sudah punya bilik sendiri secantik ini. Tak puas melihat bilik Afwa ini, sejuk mata memandang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh DS Siti ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bilik dia, kal4h bilik kita. Fuh cantik sangat bilik awak afwa.. Lama-lama Afwa tak nak keluar bilik camni.. ”
” Cantiknya bilik Afwa.. Lagi cantik dari bilik kita yang marhaen ni hahahaha.. Cantik sangat ni tokti.. bestnya Afwa.. ”
” Cantiknya bilik afwa.. mesti nanti ibu afwa yang check in dulu bilik ni hehe.. ibu yang excited ni.. ”
” Wah cantiknya bilik Afwa.. sejuk je mata memandang.. Lepas ni boleh lah Afwa training main drum dan tabla ya.. ”
” Afwaaa eloknya bilik dia.. rasanya malam ni ibu tidur bilik afwa haha.. cantik dan tenang tengok susun atur dia tu.. ”
” Amb0i bilik abang-abang sangat ni.. Cantiknya bilik afwa kal4h bilik kita hehe.. Alhamdulillah bilik afwa besar macam umh kita tau.. ”
” Besarnya bilik, fuhh.. Dah macam showroom ikea.. cantiknya bilik hero ibu ni. Redup mata memandang.. ”

Tentunya DS Siti mahukan yang terbaik untuk Afwa dan keselesaan Afwa adalah benda utama untuk ibu penyayang ini. Dapat melihat bilik Afwa pun sudah membuatkan warganet tumpang gembira. Semoga semua pembaca yang membaca juga dikurniakan rezeki untuk mendapat bilik idaman juga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

