Artis / Selebriti
” Fuh flight paling mewah ni. Tak berkelip mata tengok.. ” – Netizen
Perkongsian Video Rekaan Dalaman Kapal Terbang Sultan Brunei Yang Mengagumkan. Fuh Mewah Sungguh, Tak Sangka Macam Tu Dalam Kapal. Umpama Istana Atas Awan, Cantik Sangat !!
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dikenali sebagai sultan terkaya di dunia. Kekayaannya menjadi sebutan ramai, tidak hanya istana dan kereta mewah malah kapal terbang milik Baginda juga.
Meninjau akaun Tiktok Jier01, telah dikongsikan bahagian dalaman kapal terbang milik Sultan Brunei. Elegent, mewah, ekslusif dan menawan, itu yang dapat diungkapkan untuk rekaan dalaman kapal ini. Serba lengkap seumpama istana.
Dapat dilihat, dalam kapal ini terdapat berbagai-bagai sudut berbeza antaranya bilik tidur, ruang makan dan ruang rehat. Dengan tema warna putih dan keemasan, setiap ruangan diatur dengan cukup rapi dan kemas. Tidak hanya bilik yang mewah, bilik air pun cukup gah.

Pastinya ramai yang tidak puas melihat bahagian dalaman kapal Sultan Brunei ini. Memetik komen warganet, kapal ini umpama istana bergerak di atas langit. Segalanya ada di dalamnya dan cukup selesa. Bukan istana sahaja yang gah, kapal terbang pun wow sangat.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@jier01 pesawat sultan brunei ibarat istana bergerak atas langit.begitu indah dan mewah💪.agaknya pesawat ni mgkn digunakan putera mateen utk honeymoon #sultanbruneiflight #pesawatsultanbrunei #princemateen #princemateenofbrunei #princemateenwedding #princemateenofbruneiwedding
Sehingga kini, lebih 17 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sultan brunei bukan saja kaya, tp juga beriman & dermawan, berjiwa rakyat, tiap bln puasa semua rakyat dpt free kurma, hospital & skolah juga free.. ”
” Dapat juga tgk pesawat Tuanku Sultan Brunei.. Sultan Brunel memang kaya. takpe lah kita dapat tengok pun dah rasa bahagia.. boleh lah berangan.. ”
” Airbus jenis apa ni ya. Besar sangat ni.. oo dream liner, patut lah besar gila. Hebatlah serba lengkap dalam flight ni.. ”
” Siap ada katil dalam kapal terbang.. kita rumah pun tak ada. Alhamdulillah dpt tengok trima kasih ya.. ”
” Masya Allah.. cantik dn mewahnya… semua serba keemasan ni.. sink tu emas ke.. fuhh flight paling mewah ni.. dapat tengok dh cukup bahagia.. ”
” Pesawat tercanggih di dunia milik Sultan Hassanah Bolkiah.. bertuah la siapa2 yg dpt bekerja dgn sultan Brunei ni kan.. ”
” Mewahnya.. macam hotel 7 bintang, Hotel Moving & Fly.. dapat tengok pun dah rasa bahagia. tak berkelip mata tengok dalam flight sultan brunei ni.. ”
” Kalau macam ni tak payah check in mana-mana hotel .. dok je dlm kpl tu pusing2 ruang angkasa pastu balik hehe.. ”
Memang mewah dan mengagumkan kapal terbang milik Sultan Brunei ini, bak istana atas awan. Yang menonton pun tumpang bahagia melihat kemewahan dalam setiap genap kapal tersebut. Apa-apa pun, semoga Sultan Brunei sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Jier01
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



