Viral
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
Perkongsian gambar terakhir ketika di dalam bas UPSI yang dikongsikan oleh arwah Nur Dalila Farhana kepada teman rapatnya, Aiman raih perhatian ramai. Meremang bulu roma tengok kedudukan seat Dalila. Tak terbayang suasana ketika kejadian tu..
Kejadian yang menimpa sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris pada hari Isnin yang lalu menggemparkan negara. Wargamaya meluahkan rasa simpati mereka kepada keluarga mangsa yang terkorban. Ramai yang berkongsikan kenangan terakhir bersama mangsa di media sosial.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Aimantakesah, telah dikongsikan sekeping gambar terakhir yang dihantar oleh salah seorang mangsa nahas iaitu arwah Nur Dalila Farhana. Gambar ini diberikan kepada teman rapatnya yang bernama Aiman. Tidak dapat dipastikan hubungan sebenar Aiman dengan Dalila, sepertinya teman istimewa.
Menurut Aiman, itu lah gambar yang Dalila berikan kepadanya ketika menaiki bas pada malam kejadian. Kelihatan menerusi gambar tersebut, gambar pemandu bas dan ruangan hadapan bas. Dalila memilih tempat duduk paling hadapan dan ianya benar-benar di belakang kerusi kelindan bas.

Melihat akan gambar ini, ramai yang merasa seram dan mula trauma untuk duduk di kedudukan yang sama jika menaiki bas. Menurut ibu Dalila dalam satu temubual bersama wartawan, jenazah Dalila cukup sempurna dan hanya mengalami sedikit luka.
Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah… arwah Dalila ke? walaupun duduk depan sekali dgn bas hancur teruk bahagian depan.. tpi arwah antara 4 mangsa yang masih sempurna sifatnya.. “
” Betul betul seat depan dia duduk.. dulu kalau nak pilih seat, suka pilih seat ni, sbb boleh tengok view depan.. “
” Allahuakhbar tempat paling teruk kena klu tgk gambar keadaan bus.. betul depan belah kiri lagi. Msti dia update: “dah naik bas tau”.. “
” Semoga kuat bang.. teruskan berdoa dan truskan bacan yassin klo ingat arwah.. dan jgn lupa kenangan,nasihat dan pesanan arwah.. “
” Tengok meter bas macam laju gak dia bawak.. Tak boleh nk bygkan macam mana la kdaan adik ni dan yg lain time bas tu laju.. Allah lebih menyayangi dalila.. “
” Dimn masa ni ya..? sblum brtolak.. atau dah separuh jln.. Sedihnya ya Allah… sepatutnya Malaysia dh ada subway mcm di korea.. “
” Alhamdulillah… walaupun seat depan.. arwah hanya patah bahu kan… tak silap saya. Allah sentiasa ada dan tahu yang terbaik. Semoga arwah tenang di sana.. “
Tidak tergambar bagaimana keadaan Dalila ketika kejadian itu terjadi kerana kedudukannya terpaling depan. Hanya Allah yang lebih mengetahui dan sesungguhnya setiap yang hidup itu akan menghadapi kematian. Semoga roh Dalila dicucuri rahmat dan tenang di sana.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aimantakesah, Tiktok Farisafrhn
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

