Artis / Selebriti
” Gender reveal paling cool. Ingatkan nak reveal tu ramai ramai, rupanya santai macam tu je.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Datin Atikah Suhaime sambutan anniversary dan baby gender reveal raih pujian warganet. Wah simple dan tenang betul baby gender reveal versi Atikah ni. Lain daripada yang lain, memang rare lah..
Pelakon cantik manis, Datin Atikah Suhaimie mendirikan rumahtangga bersama Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun lepas. Pasangan ini memaklumkan kepada umum berita gembira kehamilan Atikah sekitar pada bulan September yang lepas.
Ianya disambut dengan gembira oleh semua peminat Atikah. Sepanjang kehamilannya, Atikah juga mengalami alahan seperti ibu hamil lain. Namun kondisinya semakin hari semakin baik dan Atikah hanya menanti waktu untuk melahirkan cahayamata sulungnya itu.
Menerusi perkongsian terbaru Atikah di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Atikah menyambut anniversary perkahwinannya yang pertama bersama suami. Turut diselitkan sama baby gender reveal untuk tontonan semua.

Lain daripada yang lain, baby gender reveal Atikah dan Datuk Lokman cukup simple dan santai. Hanya berbual berdua sambil menikmati juadah, cara Atikah memberitahu jantina bayinya ini meraih pujian ramai. Seronok mendengar perbualan mereka berdua, lebih-lebih lagi impian Atikah untuk anaknya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comel je, gender reveal paling cool.. relax dan santai-santai conversation gituu.. tak yah beria-ria cukup berdua je.. “
” Hahaha.. ingtkan nk reveal tu ramai ramai.. rupanya conversation santai je… but nice… very cool.. “
” Kawen dgan siapa pon tu jodoh dia. Good husband.. president America pn ok katanya haha. lawak jugak suami atikah ni.. “
” Baby girl…. tak sabar nak tgok baby keluar..moga dipermudahkan nanti semasa melahirkan baby nanti Aamiin.. “
” Wah belum lahir… papa nk beli ferrari pink.. Alhamdulillah.. Baby Girl.. Moga Segala Urusan Dipermudahkan Allah swt.. “
” Reveal yang santun . Tenangggg sahaja. I like .. Comelnya.. tahniah tika dan suami babygirl. Kawen dengan anak rajaMoga semua nya dipemudahkan.. “
” Reveal gender yang paling cool. expensive but steady…. Their convo were just too cute. Love it.. Daddy is already spoiling his baby princess.. “

Baby gender reveal yang paling santai dan tenang yang pernah warganet saksikan daripada golongan selebriti. Comel sungguh perbualan Atikah dan suami mengenai jodoh baby mereka itu. Baby princess tentu cantik macam mamanya ni. Apa-apa pun, semoga Atikah dipermudahkan untuk bersalin nanti dan segalanya berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Therealatikahsuhaime
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

