Artis / Selebriti
” Genervie Kam, you dah ada pesaing sekarang. Tapi masalahnya, dia masih pakai pampers lagi, haha.. ” – Datin Alyah
Video gelagat comel anak Dato’ Ramli MS, Nur Izzara yang ingin bermain piano mencuit hati ramai. Amboi Zara, bukan main semangat lagu jari-jari comel dia nak tekan key piano tu. Mata sampai tak berkedip, hehe..
Bagi yang mengikuti penyanyi terkenal, Datin Alyah di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Datin Alyah sering berkongsi perkembangan anak kecilnya, Nur Izzara atau panggilan manjanya, Zara. Kini, dilihat Zara membesar sebagai seorang anak yang sihat dan comel.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Datin Alyah telah memuatnaik video yang memaparkan Zara sedang bersama Tok Ram. Menerusi video itu, Zara sedang melihat Tok Ram bermain piano. Gelagat Zara yang seakan-akan ingin bermain piano seperti daddynya sangat mencuit hati.
Selepas itu, Tok Ram memegang tangan Zara dan mengajarnya cara menekan keys piano tersebut. Reaksi Zara yang sangat teruja dapat bermain piano telah menarik perhaitan warganet. Ramai yang mengatakan geram melihat gelagat comel Zara.

Selain itu, kata warganet lagi, tidak mustahil Zara akan menceburkan diri dalam bidang muzik sama seperti Tok Ram. Sehingga kini, perkongsian terbaru oleh Datin Alyah itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cerdiknya dia ..dia jenis perhati dulu,last2 dia discover mcm mana nak tekan.. Daddy jgn garang2 tau ajar zara main piano nnti.. “
” Bersemangat little Zara melentik jari jemari nya comel2.. Geram tengok Zara ni, makin comel betul.. Mata tu bulat sangat lah.. “
” Yeayyy pandai Zara . welcome to keyboard & piano fmly. Dah nampak minat Zara tu, nak jadi macam daddy juga lah dia, hehe.. “
” Halahhh halahhh comelnyaaa dia.. Ni confirmed daddy’s girl. Hahaha ok Tok Ram dah ada pelapis.. Dah besar dah budak comel ni.. “
” Eeeeiiii comelnya Zara, geram tau tengok dia.. Mata tu tak berkelip tengok piano.. Mesti dia pun geram tengok piona.. Pandai pula tu dia tekan.. “
” Bulat mata dapat tekan pioano. Tok Ram ni rupanya sweet sangat.. Tengok lah cara dia layan Zara, manja betul lah.. Hehehe.. “
” Untung dik. Tak yah g kelas muzik. Kat umah dh ade cikgu. Acik ni tgh pikir kat mana nak htr anak acik belajar muzik nnti ni haha.. “
Amboi Zara, mata sampai tak berkedip dapat tekan butang piano. Ramai yang suka melihat cara Tok Ram melayan anak kesayangannya. Apa-apa pun, semoga Zara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik, bijak serta solehah buat Tok Ram dan Datin Alyah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

