Artis / Selebriti
” Ger4mnya tengok dia dah pandai meniarap, siap ajak borak lagi.. ” – Netizen
Video Anak Emma Maembong, Shariq Arshan Gabriel Yang Dah Boleh Meniarap Dan Mengangkat Kepala. Wah Kuatnya Gabriel, Dah Big Boy La. Comel Je Suara ‘Borak’ Dengan Mommy Tu !!
Wajah cahayamata pertama Emma Maembong dan Shazli Azhar, Shariq Arshan Gabriel sering menjadi tumpuan peminat sejak awal kelahirannya lagi. Gabriel yang memiliki sepasang mata berwarna grey ini membuatkan peminat teruja melihatnya.
Meninjau akaun Instagram Shariq Gabriel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Gabriel yang sedang meniarap. Gabriel yang mula pandai mengangkat kepalanya dengan tegak itu nampak gembira sekali. Mendengar suara Emma, lagi bertambah lebar senyumnya.
Pada usia Gabriel yang lagi seminggu untuk genap 3 bulan, ianya satu perkembangan yang bagus. Kebiasaannya bayi akan mula meniarap dan mengangkat kepalanya seawal usia 3 bulan. Namun proses perkembangan bayi semuanya tidak sama dan bergantung kepada bayi itu sendiri.

Dalam video pendek ini, Gabriel turut didengar bersuara seakan sedang ‘berbual’ bersama Emma. Dengan kulit putih melepaknya itu, wajah Gabriel memang kelihatan sangat comel. Senyuman Gabriel itu juga nampak sama seperti senyuman mommynya ini.
Jom tonton video di bawah :
Ceria sungguh Gabriel dan gelagatnya ini sehingga menarik perhatian peminat. Seronok sangat Gabriel bila dalam posisi meniarap. Dalam terhoy0ng hayang pun, kepalanya sudah boleh diangkat tegak. Antara komen-komen peminat :
” Masya Allah so handsome nyer dia. Da kuat la dia. Pandai comel pulak tu. semoga menjadi anak yg soleh. Aamiin.. “
” Comel nya membesar dgn sihat baby boy. Ada iras atuk dia la Gabriel ni. Comeiii handsomenya anak Emma ni. ger4mmm akak… manja sangat-sangat nih Gabby.. “
” Ya Allah handsome super duper comel ini baby, Kau ni kannn bikin ger4m bah. Cepatnya besar, his hair colour tu omputih sangat.. “
” Eh, gabriel dah boleh roll over. Sayang.. Aunty adore u shoo much. adik dlm perut peliss kenan dgn gabby. Mummy is gewramm.. “
” Sayang gabriel strong boy handsome boy, Sebijik emma maembong. Ajak borak tu Comel sangat, ger4m nak gig1t.. “
” Ger4mnya tengok dia dah pandai meniarap, siap ajak borak lagi. Comelnya dia, kuat handsome boy ni. Part dia sengeh tu, mcm nampak muka emma. Copy paste sangat.. “
” Kuat bby boy angkat kepala..semoga membesar dgn sihat.. jadi ank soleh ye. Hari-hari nak tengok Gabriel, comel sangatlah.. “

Alahai bukan main lagi Gabriel bila ada dengan mommynya, happy baby sangat ni. Suara manja nak berborak dengan mommy tu pun cute sangat. Apa pun, semoga Gabriel membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak soleh untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shariq Gabriel, IG Emma Maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

