Artis / Selebriti
” Geram tengok Baem, dengan sedut-sedut hingus lagi, sibuk dengan 8 syarikat antarabangsa dia, haha.. ” – Netizen
Video Lakonan Datin Shahida Mohd Rashid Bersama Anak-Anaknya, Ammar, Qadejah Dan Ibraheem Buat Ramai Terhibur. Amboi Masing-Masing, Semua Tak Nak Jaga Mama Yer. Part Last Tu Kelakar, Setepek Semua Kena Dengan Mama, Haha !!
Meninjau ke akaun Instagram isteri usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida Mohd Rashid telah dikongsikan satu video yang memaparkan lakonannya bersama anak-anak, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham.
Menerusi video itu, ketiga-tiga anak Datin Shahida ini melakonkan babak tidak mahu menjaga ibu mereka apabila dewasa. Qadejah berkata dia tidak boleh menjaga ibunya gara-gara suami tidak membenarkan. Manakala Ammar mengatakan tidak boleh menjaga kerana isterinya tidak menyukai ibu.
Ibraheem pula sibuk menguruskan 8 buah syarikat antarabangsa. Di akhir video, apabila Datin Shahida mendengar perbualan anak-anak mahu menghantarnya ke rumah orang-orang tua, Datin Shahida terus keluar bertemu ketiga-tiga anaknya dan berseloroh mengatakan yang keperluan harian Qadejah, Ammar dan Ibraheem masih lagi di bawah tanggungannya.

Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet selepas menonton lakonan anak-anak Datin Shahida. Antara menjadi perbualan hangat adalah lakonan Ibraheem yang tidak henti-henti menyebut dia mempunyai 8 buah syarikat. Sehingga kini, video itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur menonton drama lakonan anak beranak ini. Antara komen-komen menarik adalah:
” Geram tengok Baem, dengan sedut-sedut hingus lagi, sibuk dengan 8 syarikat antarabangsa dia, haha.. Anak betuah betul.. “
” Baim terpaling sibuk.. 8 syarikat antarabangsa.. Macam cina cakap melayu la Ammar tu.. Terbaik lah lakonan masig-masing.. “
” Dah la jgn gado2 tak baik.. Bg je mak kat Yusof .. Habis citer.. Baem smp lupe ek total syarikat die jage, hahaha kekwat sungguh.. “
” Dah nampak siapa yang akan mewarisi bakat lakonan Dato Aliff, haahhahaa… Gaya Baem bercakap, sebijik ayahnya, haha.. “
” Ya Allah dah tengok 4kali ttp tegelak pasal 8 syarikat.. Lawak dengat Ammar cakap yang last tu, hahaa.. Sapa yang rancang lakonan tu memang anak derhaka, haha.. “
” Jimat duit, tak payah panggil pelakon. Anak² pun dah pandai berlakon haha.. Berdekah aku gelak bila tima Datin bising2 tu, hehehe.. “
” Pengarah mesti bapak dia kan.. 8 syarikat je tak sudah di sebutnyaa.. Baem2… Dia lah terpaling lawak tengok dalam video ni.. “
Amboi masing-masing pandai menjiwai watak yer. Sekejap sahaja rasa masa berlalu, sudah besar semua anak-anak Datin Shahida. Tulis Datin Shahida di kapsyen mengatakan yang video drama ini hanyalah untuk memberi peluang untuk anak-anaknya mencuba untuk berlakon. Apa-apa pun terbaik lah semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


