Artis / Selebriti
” Girl ni, confirm girl kalau dengar Zahirah punya alahan tu hehe.. ” – Netizen
Video Zahirah Macwilson Menjawab Soalan Warganet Mengenai Kehamilan Kali Keduanya Curi Perhatian Warganet. Struggle Betul Zahirah Pregnant Anak Kedua Ni Rupanya. Ramai Yang Teka Baby Girl, Betul Ke Tu !!
Umum mengetahui pelakon cantik, Zahirah Macwilson kini sedang hamil anak kedua. Zahirah dan Aiman Hakim Ridza memaklumkan berita gembira ini di akaun media sosial milik mereka baru-baru ini dan ianya disambut dengan penuh kegembiraan oleh para pengikut mereka.
Meninjau akaun Instagram Lovezm95, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zahirah menjawab salah satu soalan daripada warganet mengenai perjalanan hamil kali ini dan adakah Zahirah sudah mengetahui jantina bayi tersebut.
Kata Zahirah, kehamilan kali ini dia mengalami alahan yang teruk pada trimester pertama. Bukan morning s1ckness pada waktu pagi sahaja tetapi sepanjang hari Zahiran akan muntah. Dengan kepala yang pening tak habis, selera makan Zahirah juga berkurangan dek kerana alahan itu.

Tetapi memasuki sahaja trimester kedua, semuanya beransur-ansur okey dan Zahirah sekarang semakin sihat. Mengenai jantina bayinya, Zahirah sudah pun mengetahui sama ada ianya lelaki atau perempuan, namun hanya akan memaklumkannya ketika majlis baby gender reveal.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 300 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Alhamdulillah zahirah, ijack soon will become a big brother… semoga d permudahkan kandungan baby n mum sehat, natural mum si gorgeous.. ”
” Without makeup it’s look like sweet 17 natural beauty.. Semoga Zahirah n family sentiasa dilindungi Allah SWT dan dipermudahkan. Be grateful n be Happy.. ”
” Sy doakan awak dpt baby girl dik. Tapi apa pun yg Allah beri alhamdulillah kan.. sibuk je budak handsome tu.. May mommy terus sihat dan happy.. ”
” Alhamdulillah.. Abang ijack dah chubby sket.. Handsome bakal jadi abang tu… Hehe.. In shaa Allah… semoga sentiasa dlm lindungan Allah SWT serta diberi permudah segala urusan.. ”
” Saya Teka nampak baby bump macam girls.. alahan Zahirah tu pun macam anak girl punya alahan.. mesti cantik baby nanti ni.. ”
” Tahniah mommy Isaac, ini mesti girl sebab alahan teruk. i bet baby girl insha Allah.. zahirah pun berseri-seri betul.. ”
” Girl ni, confirm girl kalau dengar Zahirah punya alahan tu. Kita dulu pun macam tu lah, dengan muntah tak henti, peningnya lagi.. ”
Sama ada lelaki atau pun perempuan, tidak mengapa asalkan bayinya sihat dan cukup sifat. Semoga Zahirah diberikan kemudahan dan kekuatan sepanjang tempoh kehamilan ini dan proses bersalin nanti akan berjalan dengan lancar. Mesti ramai yang tak sabar nak mengetahui jantina bakal adik Isaac.

Silakan SHARE..
Sumber : IG lovezm95, IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen


