Artis / Selebriti
” Habis keluar bahasa Korea Rina. Asal marah auto cakap Korea, comel Rina.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae mengusik anaknya, Nik You Rina yang sedang makan aiskrim buat warganet terhibur. Bagusnya Rina tak kedekut, Omma minta terus hulur. Part Maryam nak makan banyak tu lawak. Kan dah kena marah dengan Rina. Terus keluar bahasa Korea, haha..
Setiap kali Maryam You Narae memuatnaik video anaknya, Nik You Rina, pastinya ia akan mendapat likes yang banyak daripada warganet. Rina dibesarkan dan diasuh untuk bercakap dalam beberapa bahasa di rumah oleh Maryam dan suaminya, Ryzal Ibrahim. Tiga bahasa ini iaitu Bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Korea boleh dikuasai dengan baik oleh Rina.
Meninjau entry di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Maryam mengusik Rina yang sedang asyik makan aiskrim. Maryam berpura-pura meminta aiskrim daripada Rina dan bagusnya Rina, tidak kedekut dengan Ommanya.
Ketika Rina menghulurkan aiskrim tersebut, Maryam berpura-pura untuk makan banyak dan memasukkan semua aiskrim ke dalam mulut. Rina yang menyedari kelakuan ommanya itu cepat-cepat menarik aiskrim tersebut. Beberapa kali juga Maryam mengulangi perbuatannya itu dan Rina memberitahu supaya makan sedikit sahaja.

Telatah Rina dan Maryam menggeletek hati warganet apabila melihat Rina marah kerana Maryam mengusiknya. Dari bercakap bahasa Melayu, Rina bertukar bercakap dalam bahasa Korea pula. Sama sahaja perangai Rina dan Maryam. Apabila sedang marah sahaja, pasti akan marah dalam bahasa Korea, hehe.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@uyounik Omma makan sikit je pun~😂
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 80 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Pandai Rina cakap melayu campur Korea.. Suka tengok Omma menyakat Rina.. Sampai terkeluar bahasa Korea Rina geram omma kacau nak makan aiskrim.. “
” Aduhaiii ‘NAK KENA KE TAK NAK’.. bgus betol mak pak rina ni always ajar bahasa melayu.. Jgn sbb org korea kena ajar english & korea je.. im so proud of u rina.. dr u kecik lagi.. “
” Omma naughty nak makan banyak.. comel je korea campur malay rina tu.. ni ikut Omma ni, asal marah je auto cakap Korea.. comel Rina.. “
” Dia marah terus keluar bahasa Korea. comel lah Rina, langsung tak pelat cakap melayu dan korea.. “
” Rina tukar dari bahasa melayu ke bahasa korea selamba jea.. Respect lah dengan Rina.. kecik-kecik pandai cakap kelantan. Kadang dalam 1 ayat tu bi bim korea kelate sekaligus.. “
” Lucu lah 2 beranak ni.. Rina ni bijak semua bahasa dia cakap.. untung rina semua bahasa dia tahu.. “
” Habis keluar bahasa Korea Rina bila marah.. lawak tp comel dengar Rina cakap. dia rojak macam tu je melayu dengan korea.. “
Bagus ajaran Maryam dan Ryzal, hasilnya kecil-kecil lagi Rinasudah fasih bercakap dalam beberapa bahasa, pakej boleh bercakap dengan loghat negeri Kelantan juga. Semoga Rina menjadi anak yang solehah dan kebanggaan Omma dan Appa selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriamkimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

