Artis / Selebriti
” Halah halah, video gini pun boleh buat aku emotional. Ayden dapat daddy yang penyayang.. ” – Komen Netizen
Video gelagat YB Syed Saddiq ketika Bella Astillah dan Ayden Adrean sedang rehearsal menyanyi raih perhatian ramai. Alahai supportive betul YB Saddiq ni. Tangga juga jadi port YB Saddiq rakam video kesayangannya tu..
Sebagaimana yang YB Syed Saddiq ucapkan pada hari pertunangannya tempoh hari, dia tidak hanya mencintai Bella tetapi juga mencintai dan menyayangi anak-anak Bella, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Kasih sayang YB Saddiq untuk 2 cinta hati Bella ini bukan dibuat-buat dan ianya begitu ikhlas.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Bambam_studios, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mement ketika Bella dan Ayden hadir untuk rehearsal di Talk To My Manager ( TTMM ) musim 2. Bella dan Ayden menjadi jemputan khas untuk konsert pertama realiti TV ini.
YB Saddiq sememangnya seorang yang berjiwa pemimpin dan pandai menghormati orang lain. YB Saddiq berjalan ke belakang pentas dan bersalam dengan semua pemuzik yang ada. Ianya satu sikap YB Saddiq yang dipuji-puji oleh warganet kerana selalu merendah diri.

Moment paling menarik yang menjadi sorotan ramai adalah melihat YB Saddiq duduk di tangga sambil merakamkan persembahan Bella dan Ayden. Tidak mempedulikan statusnya sebagai Yang Berhormat, YB Saddiq begtu fokus merakam video dan jelas kelihatan rasa bangganya melihat Ayden.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 10 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Beruntung bella dpt org yg syg dia lbih dri diri sendiri, sangat-sangat supportive. Yb trademark dari dulu rekod dekat tangga tu hehe kalau tengok konsisten jer.. moga BASS trus bahgia.. “
” Dia YB tau.. YB.. habis semua orang kat belakang tu dia g salam..he’s soo humble like that yb saddiq.. yb dan tangga, berpisah tiasa.. Alhamdulillah, daddy cool.. “
” Kebanyakan yb org kena g salam dia.. Ni dia yg pergi salam semua.. Such a humble person.. Teruskan begitu yb.. Be your self.. Dia yb (yang berhormat)..tapi untuk family dia yg dia sayang dia jd sangat yt (yg tersayang).. “
” Rilek je duduk tangga. supportive sangat la daddy ayden ni .. simple video tapi buat mak nangis tengok.. halah halah video gini pun boleh buat aku emotional.. “
” Nak nangis tgk Yb so kind & humble.. Bagus YB ni.. Alhamdulillah Ayden ara dapat daddy yg penyayang.. daddy tu dari event raya .. terus ke sini.. supportive lah… semoga Allah jaga keluarga ini nanti .. “
” YB memang sempoi laa.. dia tak tahu da malu itu apa.. slumber je dia demi kesayangan 2 ketulnya tu.. focus betul record, nampak muka bangga YB tengok Ayden nyanyi.. “
” Bapak tiri lebih excited bertuah ayden kan.. YB dan tangga tak boleh dipisahkan….x akan miss ambil video org tersayang.. Figure bapak² sangatt YB ni.. “

Tumpang gembira warganet melihat moment bahagia YB Saddiq bersama Bella dan Ayden ini. Sesibuk mana pun kerja hakiki, YB Saddiq pasti akan mencuri masa demi insan tersayang. Bertuah Ayden bakal dapat daddy yang sangat penyayang dan supportive seperti YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

