Artis / Selebriti
” Handsome dan lawanya anak-anak ni sudah remaja.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Anak Daro’ Seri Eizlan Yusof, Vie Zaara Dan Zareef Yusof Raih Perhatian Ramai. Wah Zareef Dah Tinggi Dari Kakaknya, Cantik Dan Handsome Kedua-Duanya !!
Meninjau ke akaun Instagram Dato’ Seri Eizlan Yusof, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir dua orang cahaya matanya iaitu Vie Zaara dan Zareef Yusof telah meraih perhatian ramai. Kedua-duanya sudah meningkat remaja.
Sambutan diadakan di sebuah restoran bersama ahli keluarga mereka yang lain. Zaara dan Zareef dikejutkan dengan kek hari lahir yang dibawa oleh pekerja restoran tersebut bersama-sama dengan kehadiran maskot Panda. Dapat dilihat Zaara dan Zareef agak terkejut dengan kejutan yang diberikan.
Zaara kini sudah menginjak ke usia 16 tahun, manakala Zareef pula menginjak ke usia 14 tahun. Zareef juga sudah semakin tinggi daripada kakaknya, Zaara pula semakin cantik. Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Zaara dan Zareef merupakan cahaya mata Dato’ Seri Eizlan menerusi perkahwinannya yang terdahulu bersama Vie Shantie Khan. Mereka mempunyai seorang lagi cahaya mata perempuan bernama Vie Zaalia. Kini keduanya sudah mempunyai pasangan dan kehidupan masing-masing.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan hari lahir buat kedua-duanya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Happy Birthday to you beautiful like mama and handsome as papa.. Cantik anak dara..bgusnya dia tahu yg tiup lilin tak blh.. “
” Happy birthday both of u.. May Allah bless of u 2.. Amin.. Aduii handsome dn lawa nya anak2 ni sdh remaja… Alhamdulilah.. “
” Happy Birthday to both Beautiful/ Handsome Kiddos May Allah grant you happiness & everything your heart desires.. Didikan terbaik hasilnya pasti baik.. tahniah buat ibu ayah.. “
” Masya Allah semuanya dah tinggi. Happy Birthday Zaara & Zareef.. Handsome betol yg boy tu. dh besar jgn nakal nakal ok.. “
” Alhamdulillah..Happy birthday to your beautiful children.. MasyaaAllah segak segak anak2 Dato Eizlan Yusop . Moga meniadi anak2 yg soleh dan solehah.. “
” Happy Birthday to both of your precious daughter & son.. Siapa yg tggu si panda tu ialah Dato sila angkat tangan.. hehehehe.. “
” Alhamdulillah tk mahu tiup lilin Happy Birthday Cute Girl and Handsome Boy May Allah Ease Everthing in yours Life.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat cahaya mata Dato’ Seri Eizlan Yusof, Vie Zaara dan Zareef Yusof. Semoga kedua-duanya menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam kehidupan dan menjadi anak yang berguna.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eizlan Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

