Artis / Selebriti
” Handsome sangat anak awak ni Mitch. Brave and clever boy.. ” – Komen Netizen
Video ucapan terima kasih daripada anak Misha Omar, Idris Ezzwa kepada semua yang memberikan sokongan kepadanya raih perhatian ramai. Alahai handsome boy ni, petah betul bercakap. Sedap dengar slang Idris speaking..
Penampilan anak lelaki Misha Omar, Idris Ezzwa di Konsert Dia Misha Omar beberapa hari yang lalu mendapat perhatian media dan wargamaya. Kelincahan Idris di atas pentas dipuji oleh penonton dan Idris berjaya menghiburkan semua dengan celoteh dan nyanyiannya pada malam itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Misha Omar, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Idris memberikan ucapan penghargaannya kepada semua yang menyokong persembahannya di konsert. Idris mengucapkan terima kasih kerana ramai yang menghargai usahanya itu.
Wajah yang comel dan handsome serta percakapan dalam bahasa Inggeris yang fasih antara tarikan Idris. Idris juga ada menyebut menerusi video ini agar semua memberikannya masa agar dia dapat menjadi seorang bintang yang lebih hebat daripada dirinya sekarang.

Video ini meraih perhatian daripada warganet. Idris anak yang berbakat tidak hanya dalam nyanyian tetapi juga pandai berkata-kata. Idris ada auranya tersendiri dan pandai membuat jenaka spontan. Bukan mudah untuk berdiri di hadapan ribuan orang tetapi Idris berani dan ada tahap keyakinan yang tinggi.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” So talented, this boy is gonna be a huge star.. Aim for the galaxy Idrisss.. the cutest, go idris go.. handsome boy with high confident level.. “
” Ya Allah handsome nyaaa anak bujanggg dia ni.. luar biasanya awak ni Idris, masya Allah.. anak yang sempurna, cukup lengkap pakejnya.. “
” Handsome and very smart boy. Brilliant star, brilliant boy.. Mata dia Mata Misha Omar tu.. Confident is your middle name kid… talent runs the blood.. “
” Handsome sangat anak awak ni Mitch. dah lah petah bercakap, speaking english berabuk sangat ni.. brave and clever boy.. “
” He is a superstar.. Cheekiness tu menurun daripada bapaknya. Suara of course drpd emaknyaaa! He can really sing yaaaa.. “
” MashaAllah Tabarakallah.. You are very talented Idris & a great performer to.. I am your fan.. Dari kecik sampai da besar comel dan makin bijak anak iniii. Hello Idris.. “
” U are such a talented young boy. Charming like ur parents. Fly high handsome! May Allah protect n guide u always.. “
Tidak puas warganet mendengar percakapan Idris itu. Idris sememangnya seorang yang berbakat besar dan tidak mustahil impian Idris untuk menjadi big star akan tercapai. Teruskan usaha mengejar cita-cita dan semoga Idris menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Misha Omar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

