Artis / Selebriti
” Handsomenya nama dia, macam dia jugak. Aiyomak, Mama cair.. ” – Lisa Surihani
Nina Ismail Sabri kongsi berita gembira kelahiran cahayamata keduanya raih perhatian peminat. Alahai comelnya baby, sebijik muka kakak dia. Nama pun unik sangat..
Sebagaimana yang diketahui umum, Nina Ismail Sabri menikahi sahabat baiknya, Hafiz Osman dan kehidupan mereka bahagia bersama. Rezeki daripada Allah, Nina disahkan hamil dan ianya disambut dengan penuh gembira oleh Nina, Hafiz dan seluruh isi keluarga.
Terbaru, menerusi posting di akaun Instagram Nina Ismail Sabri, telah dikongsikan beberapa keping gambar Nina, Hafiz, Jeanell dan cahayamata barunya itu. Nina turut mencoretkan di ruangan komen memberitahu nama yang telah dipilih untuk anak keduanya ini. Nama yang membawa maksud yang baik.
Bayi lahir dengan berat 3.33 kg, Nina bersyukur ke hadrat Allah atas kurniaanNya yang indah ini. Nina juga turut berseloroh mengatakan 9 bulan mengandung dan membawa perut ke mana-mana, alih-alih baby keluar muka abah dan kakak.

Melihat dari gambar-gambar yang Nina kongsikan, terserlah kecomelan baby Nina ini. Pipi tembam dan wajahnya nampak begitu seiras dengan Jeanell. Baru berusia beberapa hari, baby sudah pandai senyum, bertambah geram warganet melihat baby Nina ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Handsomenya nama dia, mcm dia jugak. Aiyomak, Mama cair. And look at Jeanelle.. she must over the moon! Allahumma Baariklakum hafizosman7 ninaismailsabri jeanellenika_m Meet soon.. “
” Congrats Nina, Alhamdulillah. Sebijik muka kakak dia.. Janelle has a brother now.. selamat berpantang nina.. “
” Alhamdulillah baby dah pandai senyum.. ikut mommy dia ni always senyum je… selamat berpantang Nina cantik.. “
” Alhamdulillah, so cute Heizo.. Semoga membesar dgn sihat dan jadi anak soleh.. Sedapnya nama baby.. unik, tak jumpa lagi dekat Malaysia nama ni.. “
” Cumel… Alhamdulillah and Big Congrats to Parent and kakak Jeanelle.. May Allah bless this family.. “
” Congrat Nina.. tutup mata muka kakak, buka mata muka abah… semoga membesar dgn sihat.. so handsome baby boy ni.. nama tu fuh.. “
” Ala comel comel part senyum tu. Muka kakak sangat ni.. cute sangat baby. nama tu best.. pandai pilih nama.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Nina dan orang yang paling gembira pasti lah Janelle kerana sudah lama kakak Janelle mahukan seorang adik. Semoga baby Nina ini akan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan untuk Nina juga selamat berpantang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nina Ismail Sabri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

