Artis / Selebriti
” Happy anniversary, congratulations Datuk and wife.. ” – Netizen
Sempena Ulangtahun Pertama Perkahwinan, Datuk Eizlan Yusof Kongsi Berita Gembira Isteri Tersayang, Datin Natasha Rosa Sedang Hamil Anak Sulung Mereka. Wahhh Comelnya Baby Bump Tu, Tahniah !!
Aktor kacak, iaitu Datuk Seri Eizlan Yusof baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama bersama isteri tercinta, Datin Seri Natasha Rosa pada semalam iaitu 12 Disember. Wah tak sangka masa berlalu dengan pantas, pasangan ini sudah pun setahun mendirikan rumah tangga.
Eizlan yang turut berkongsi ucapan romantis buat isteri dan memuat naik gambar bersama. Di sebalik ucapan sempena ulang tahun perkahwinan itu, Eizlan turut berkongsi berita gembira bahawa isterinya tidak lama lagi bakal bergelar seorang ibu.
Eizlan juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan mereka. Untuk sekadar rekod, sebelum ini, Eizlan telah mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki.

Menerusi akaun Instagram milik isteri Eizlan juga telah berkongsi gambar terkininya yang menampakkan perutnya yang sudah kelihatan membesar. Perkongsian berita gembira oleh Eizlan itu turut mendapat perhatian ramai di laman media sosial.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian berita gembira itu turut mendapat ratusan ucapan tahniah daripada warga netizen. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tahniah Datin Sri, berseri2 wajah Datin Sri bakal mommy to be, take care and enjoy ur pregnancy journey.. “
” Alhamdulillah, tahniah buat Eizlan dan isteri, smga bakal ibu dan anak sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan.. “
” Happy anniversary, semoga terus bahagia sehingga ke penghujungnya. Tahniah juga mommy & daddy to be.. “
” Happy Anniversary Ybhg Kol. Bersekutu (PA) Dato’ Sri Eizlan Yusof & Datin Sri Shasha Boudville. Semoga kekal bahagia sehingga jannah, tahniah atas perkhabaran gembira ini .. “
” Happy anniversary, congratulations Datuk and wife, semoga Datin sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan.. “
” Happy anniversary, semuga Allah sentiasa melindungi, memberi kebahagian berpanjangan dan murah rezeki.. “
” Happy Anniversary Sweetie Sis and Charming Bro. Moga berbahagia hgga ke Syurga dan congrats ya, mesti baby comel iras Mummy dn Daddy.. “

Wah tak lama lagi Eizlan dan isteri bakal menyambut orang baru. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah atas perkhabaran ini, dan didoakan semoga isteri Eizlan serta kandungan sentiasa sihat dan segala urusan akan dipermudahkan. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eizlan Yusof, Sashaboudville
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

