Artis / Selebriti
” Happy Belated Birthday beloved Adib and Izara. Love you two always.. ” – DS Tengku Zawyah
Datin Seri Tengku Zawyah Kongsi Video Dan Gambar Meraikan Hari Lahir Anak Dan Menantunya, Adib Khalid Dan Izara Aishah. Wah Meriahnya Sambut Ramai-Ramai Satu Family. Dah Besar Rupanaya Anak Kedua Izara, Comel Sungguh !!
Menerusi akaun Instagram milik Datin Seri Tengku Zawyah, telah dikongsikan beberapa video dan gambar yang memaparkan sekitar sambutan hari ulangtahun kelahiran anak dan juga menantunya iaitu Muhammad Adib Khalid serta Izara Aishah.
Turut hadir bersama adalah anak ketiga dan keempat Datin Seri Tengku Zawyah iaitu Muhammad Asyraf, Muhammad Azief dan menantu, Tya Arifin serta cucu-cucunya. Menerusi video tersebut, kelihatan keluarga ini meraikan hari lahir Adib dan Izara di sebuah restoran terkenal.
Datin Seri Tengku Zawyah juga menitipkan ucapan istimewa buat Adib dan Izara di ruangan kapsyen. Sebagai seorang ibu, semestinya Datin Seri Tengku Zawyah mendoakan agar anak serta menantunya itu sentiasa berbahagia bersama dan segala urusan mereka dipermudahkan.

Selain itu, gambar anak kedua Izara iaitu Amara Amina juga menjadi tumpuan kerana sebelum ini Izara jarang berkongsi gambar anak-anaknya di media sosial. Pejam celik, pejam celik, rupanya sudah besar anak-anak Izara. Comel sungguh wajah mereka, persis ibu dan ayah mereka.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Sekadar info, setelah mendirikan rumah tangga dan bergelar seorang ibu, Izara tidak lagi aktif dalam dunia lakonan. Malah Izara juga kurang gemar berkongsi perkembangan kehidupannya sekarang buat tontonan umum. Namun Izara ada membuat live untuk mempromosikan produk keluarannya di Tiktok.

Umum mengetahui, Datin Seri Tengku Zawyah juga sangat akrab dengan Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Adakalanya mereka turut melakukan aktiviti keluarga bersama-sama. Ramai yang kagum melihat silaturahim kedua-dua keluarga tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG teezac, izaraiaishahofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

