Artis / Selebriti
” Happy birthday permata hatiku.. ” – Datin Noor Kartini
Datin Noor Kartini Kongsi Gambar Dan Ucapan Sempena Hari Lahir Anaknya, Ameera Khan. Alahai Cantiknya Ameera Berhijab, Nampak Manis Sungguh !!
Datin Noor Kartini Noor Mohamed atau lebih mesra disapa dengan panggilan Datin Kartini, merupakan ibu kepada beberapa figura yang dikenali dan menjadi tumpuan umum iaitu Noor Neelofa, Noor Nabila, Ameera Khan dan juga Athisha Khan.
Dalam posting terbarunya di Instagram, Datin Kartini mengucapkan selamat hari lahir dan memanjatkan doa kepada salah satu anak perempuannya iaitu Ameera, lebih dikenali sebagai Little Miss Khan di kalangan pengikutnya. Ameera menyambut hari lahirnya pada 8 Disember 2020.
Dalam gambar yang dikongsikan, Ameera yang tampil dengan mengenakan hijab dan berbusana muslimah yang berwarna hitam kelihatan sangat cantik dan manis sekali. Rata rata netizen memuji kecantikannya berhijab dan betapa bertuahnya Ameera mempunyai seorang ibu yang penyayang.

Selain ucapan selamat hari lahir dan juga panjatan doa, Datin Kartini turut menzahirkan kata-kata kesyukuran kerana dikurniakan puteri yang penyayang dan sentiasa menjadi penemannya. Kecantikan raut wajah Datin Kartini dan anaknya itu juga meraih perhatian netizen.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
Ruangan komen posting Datin Kartini dipenuhi dengan kata-kata ucapan selamat hari jadi dan doa buat Ameera. Netizen turut memuji doa yang dititipkan oleh Datin Kartini dan kecantikan kedua anak beran4k ini. Antara komen- komen netizen :
” Indah sslu doa dr Mama nya bertuah kan anak.. Mama Tini, moga Allah swt makbul kan doanya.. AAMIIN YRA.. “
“ Masyaallah cantiknya.. Cantik sangat.. Ya Allah Subhanallah cantiknya ciptaa Allah… cantiknya kamu berdua.. “
” Cantik sgt mira pakai mcm ni.. Moga diberi kekuatan untuk terus istiqamah dlm kebaikan.. happy bornday.. “
” I love you mama ku sayang, i’ll always be here for you.. Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.. ” – Ameera khan
” The sweetest wish from a mother to her daughter.. Aamiin Ya Mujib.. doa seorang ibu takkan ada hijab InsyaAllah.. “
” Aamiin2 Ya Rabb.. Semoga ALLAH makbulkan doa mamanya.. Ameera ni muka daddy.. Neelofa muka mami sangat.. “
” She is so beautiful like you.. Masyaallah cantiknyaaa baby.. Doa ibu yang mampu menembusi langit.. Happy birthday Ameera.. “
Semoga doa Datin Kartini untuk Ameera dimakbulkan oleh Allah kerana doa seorang ibu tiada hijabnya. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ameera. Semoga segala impian dan cita-cita Ameera menjadi kenyataan. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noor Kartini, IG Littlemisskhan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

