Artis / Selebriti
” Harap Dini ok lah lepas dia bagi jawapan macam tu dekat Janna, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Dini Schatzmann apabila Janna Nick bertanya masakannya sedap atau tidak buat ramai terhibur. Memang cari penyakit lah Dini ni, Janna dah lah penat-penat balik kerja terus masak. Naik hantu Janna dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Janna Nick, telah dikongsikan video baru yang memaparkan aktiviti harian Janna ketika berkerja. Menerusi video itu, kelihatan pada awalnya, suami Janna, Dini Schatzmann yang menghantar Janna ke tempat kerja.
Meskipun jadual kerja Janna begitu padat, dia tidak pernah lupa tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Setelah pulang dari kerja lewat malam, walupun masih berpakaian baju ‘bling-bling’ semasa mengacara Famili Duo, Janna terus ke dapur untuk masak dan menyediakan juadah istimewa buat Dini.
Namun apa yang mencuit hati adalah ketika Dini sedang makan, Janna telah bertanya kepada Dini, adakah masakan yang dimasaknya itu sedap. Jawapan yang diberikan oleh Dini membuatkan Janna menjadi terkejut dan ‘naik hantu’ mendengarnya.

Perkongsian video ini turut mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat Dini yang suka menyakat Janna dan dalam masa yang sama, ada peminat memuji Janna seorang yang rajin memasak meskipun dirinya sentiasa sibuk bekerja.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video telatah Janna dan Dini ini. Antara komen-komen menarik daripada wargnet adalah :
” Part last terpaling kelakar. Harap Dini ok lah lepas dia bagi jawapan macam tu dekat Janna, haha.. Nampak dah naik hantu dah Janna tu, haha.. “
” Ya Allah.. Dia balik keje.. sambung masak pakai baju merelip rambu ramba tu.. Memang isteri yang hebat.. Btw Dini suka cari pasal dengan Janna kan, haha.. “
” Nasib dia tak cakap “biasa je nyah” HAHAHAHAHA… Tak tahu lah apa nasib Dini lepas bagi jawapan tu, hahahahaha.. “
” Aku kannnn.. Kalau tak mengekek tengok video Janna ni memang tak sah.. Lawak betul lah dua laki bini, masuk air, hahahaha.. “
” Allah, laki sanggup tggu bini balik masak, bini plak da penat2 masih hepi masak untuk laki.. Bagus 2 laki bini ni.. Tapi part bagi jawapan sedap ke tak tu adudududu memang kelakar.. “
” Mood aku skrg nie tengah marah tiba2 video ni buat kan aku ktwa oleh dua laki bini nie hahahaha.. Tq Janna suka menghiburkan hari2 i.. “
” Hahahahahhahaha tekejut aku yang last tu.. Bulehlah.. Kan kena sebijik, Dini2.. Saja kan nak bagi Janna angin, hahahaa.. “
Tak kering gusi peminat ketawa menonton video Janna dan Dini. Seloroh peminat, harap selepas Dini memberikan jawapan tersebut, Janna tidak membuat apa-apa kepada Dini. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan Janna dan Dini buat buat tatapan peminat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG jannanick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

