Artis / Selebriti
” His one in a million, mana ada ex husband nak support ex wife sampai ke hujung nyawa.. ” – Komen Netizen
Video Datuk Chef Wan berkongsi cerita menjaga kebajikan arwah bekas isterinya buat ramai yang kagum. Bukan senang nak jumpa bekas suami macam ni. Lelaki yang tahu menghargai ibu kepada anak-anaknya walaupun bukan lagi menjadi isterinya..
Siapa tidak mengenali Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Chef Wan. Tiada dinafikan yang figura ini sememangnya hebat dalam dunia masakan sehingga dirinya menjadi duta dunia masakan Melayu ke seluruh dunia.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik debonair podcast, telah dikongsikan video temubual bersama Chef Wan. Menerusi video itu, Chef Wan ada berkongsi cerita mengenai dirinya yang menjaga kebajikan bekas arwah isteri dahulu walaupun rumahtangga mereka hanya mampu bertahan beberapa tahun sahaja.
Meskipun sudah bercerai, akui Chef Wan, dia masih menjalankan tanggungjawab menjaga bekas isterinya sehingga ke akhir hayatnya. Ini kerana bagi Chef Wan, bekas isterinya merupakan ibu yang paling terbaik buat dua cahaya matanya iaitu Serina dan Muhammad Nazri atau Chef Riz.

Tambah Chef Wan lagi, segala keperluan arwah bekas isterinya telah disediakan termasuklah rumah, duit belanja, kad perubatan, percutian ke luar negara dan lain-lain lagi. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum dengan sifat tanggungjawab Chef Wan terhadap arwah bekas isterinya.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
@debonair_podcast When Chef Wan left his arranged marriage
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” His one in a million, mana ada ex husband nak support ex wife sampai ke hujung nyawa.. Tak miskin pun Chef Wan berlebih bg nafkah kat anak2 & even jaga ex-wife, bahkan kaya raya lagi.. “
” Chef Wan bukan sja bagus untuk ex wife dia, tpi untuk sedara mara dia jgk. Tiap bulan dia bgi diorang duit 2k or 3k seorang. MasyaAllah.. “
” I must give her that respect”. Chef Wan you have given a new meaning to being Gentlemen. May Allah bless you with abundance of Wealth and Health.. “
” Kalaulah semua lelaki mcm Chef Wan, aman Dunia. Satu2nya lelaki yg menghargai ibu kpd anak2nya walaupun bkn isterinya lg. Terbaik Chef Wan.. “
” Limited edition.. Respect Chef Wan.. Slalu ex husband liat nk mamp0s bab nafkah.. Kawin baru bleh plak ada duit.. Geram pula aku.. “
” Chef wan really a next level of a provider. Besar pahala Chef Wan. Moga segala kebaikan Chef Wan diganjarkan syurga. InsyAllah, amin2.. “
” The reason why Allah give him rezeki. Bcs he took good care of the mother of his children. Not many people can do that. Hats off to Chef Wan.. “
Bak komen warganet, aman dunia jika semua bekas suami sebaik Chef Wan. Tidak terbalas jasa yang dicurahkan Chef Wan kepada arwah bekas isterinya. Semoga segala kebaikan yang dilakukan oleh Chef Wan akan diberikan ganjaran pahala berlipat ganda oleh Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok debonair_podcast, IG chefwan58
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

