Artis / Selebriti
” Holoh holoh cute nyoo lah budok kecik ni, comel dooh.. ” – Netizen
Video Jebat Jayden Menyanyikan Lagu Happy Birthday Yang Dirakam Oleh Ibunya, Noor Nabila Mencuit Hati Ramai. Alahai Jebat, Tak ‘Berbutir’ Suara Tu. Part Nabila Geletek Tu Mengekek-Ngekek Jebat Gelak, Comel Sungguh !!
Anak kepada usahawan Noor Nabila dan pelakon Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden sering kali menjadi bualan para peminat. Jebat yang baru menginjak usia 2 tahun pada tahun ini, sering kali dirakam mempamerkan aksi yang comel dan mencuit hati .
Melalui perkongsian Nabila di laman Instagramnya, Nabila berkongsi video bermain bersama anaknya Jebat. Jebat yang sedang berbaring di atas katil sambil memel0k bantal dilihat begitu gembira mengikut nyayian lagu Happy Birthday yang ditontonnya.
Walaupun kedengaran hujung lagu tersebut sahaja disebut oleh Jebat, namun itu cukup membuatkan peminat terhibur dengan telatahnya itu. Gelagat Jebat yang mengekek ketawa ketika digeletek oleh Nabila juga membuatkan peminat terikut ketawa bersamanya.

Di akhir video tersebut, Jebat dilihat sedang menonton video kanak-kanak bersama Nabila. Gelagat Jebat sewaktu menyebut Apple mengikuti ibunya itu juga sangat comel. Seronok betul Jebat ketika itu dan peminat juga berpendapat Jebat budak yang bijak.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Gelagat Jebat yang menyanyi dan mengekek ketawa membuatkan ramai peminat terhibur. Antara komen- komen mereka adalah :
” Tlg nyanyi utk anty… pleaseee… esok birthday anty, Makin bsr muka sbijik muka mommy, Eh gerey aku gerey nk kek0hh.. “
” Ramai yg nak booked ni… Mahal ker bayaran, Nak book untuk March 14th, How is he growing up so fast MashaAllah, Bijakk jebatt.. “
” Alahai sayang.. Dah besar dah boleh slowly tak pakai teat tau…. Wow sweetest baby, so cute lovely, comel dooh payoh jugok aaaa.. “
” Holoh holoh holohh cutee nyoo lah budok kecik ni, Ya Allah awat comel sngt ni, Ketawa ketawa haha, aaaaa tu yuuu aaaaaa sho cuteee.. “
” Yuyuyu pun boleh lah hensem boy. happiest birthday to you, Saya pun ikut ternganga myebut.. Ahaaa tuuuu yuuuu.. “
” Aww. Ngam2 today is my birthday, thank youu jebat. U made my day, shooo kiutttt laaaaa… gelak mengekekkk.. “
” So cute la jebat ni… punya focus nak tunggu start lagu… aahh yuuu yuu….. yeaayyy… janji bahagia kan jebat.. “
Sudah pastinya semua peminat terhibur dengan gelagat Jebat yang sangat comel. Kecil-kecil sudah bijak begitu. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jebat menjadi anak soleh yang sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya sampai bila-bila. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noor Nabila
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

