Artis / Selebriti
” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
Video ucapan Thalita di majlis graduasi tamat sekolah rendah buat ramai tersentuh. Selain ucapan untuk daddy dan ibu, ucapan untuk mummy Watie paling menyentuh hati. Sebak dengar ucapan Thalita..
Semalam telah berlangsungnya majlis graduasi tamat sekolah rendah untuk anak Shuib Sepahtu, Thalita. Ianya berlangsung dengan meriah dan menjadi satu kenangan manis untuk Thalita dan rakan-rakannya. Watie yang turut menyertai majlis ini merakamkan moment manis Thalita itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan rakaman ucapan penghargaan Thalita ketika majlis graduasi sedang berlangsung. Thalita berdiri di atas pentas dan memberikan ucapannya untuk Shuib, arwah Siti Sarah dan Watie.
Ucapan Thalita yang sangat tersusun kata-katanya ini mengundang sebak warganet. Tidak pernah sesekali melupakan arwah ibu yang jauh di sana, Thalita mengatakan ibunya tidak sempat melihat moment tersebut. Namun Thalita ada seorang mummy yang mengisi kekosongan itu.

Ucapan Thalita untuk Watie membuat Watie sendiri sebak. Tulis Watie di ruangan kapsyen, air matanya menitis mendengar ucapan Thalita untuk dirinya itu. Dalam kasih sayang ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati Thalita.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Thalita sayang daddy manja.. Terharunya ucapan Thalita.. ” – Shuib
” Alololo tahniah dekta.. Paling best Thalitha sebut utk watie, “IM ALWAYS SEE U AS MY REAL MOTHER”.. kita lak yang nangis.. “
” Dia start berucap hati mak-mak ni terus tersentap. Tersentuh dengar ucapan dia.. Nangis terus ni haa.. Tahniah Talita n to Wati u must be good mother to them.. “
” Alhamdulillah. Congrats Thalita. Thalita dah nak masuk sekolah menengah. Tahniah krn menghargai insan2 yg penting dlm hidup Thalita. Moga terus beroleh kejayaan. Aamiin.. “
” Tak pernah lah tak sedih. Ishh. Tahniah tataaaaa.. Alhamdulilah sentiasa menghargai org2 di sekeliling awk.. “
” Tahniah… Thalita…@thalita_shuib … Dengar ucapan Thalita tiba2 je menangis.. mungkin sebagai ibu kita cepat tersentap.. ucapan mmg menusuk ke jiwa.. watie mmg ptt jd contoh terbaik.. “
” Dekta sentiasa akan buat acik tersentuh tau…. walaupun dlm ape jua keadaan… Ape lagi dgn ucapan dia kali ni .. dengan nada yang sangatttt sofffttt… Dan ucapan untuk mummy yg sgt menghargai mummy tu Yaallah… Luruh jantung acik ni… Air mata jgn ckp lahhhh.. “
” Aku pulak yang basah pipi dengar ucapan Thalita ni. part untuk mummy tu sumpah lah menusuk ke hati.. ikhlas dari hati seorang anak.. “
Betapa Thalita menghargai semua insan tersayang terutamanya Watie yang selalu ada dalam susah dan senangnya. Mummy akan selalu menjadi sosok seorang ibu terbaik untuk Thalita. Tahniah Thalita dan semoga langkah Thalita ke alam sekolah menengah akan mencipta lebih banyak kejayaan untuk masa depan Thalita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

