Artis / Selebriti
” I asked, she said yes. Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat.. ” – YB Syed Saddiq
YB Syed Saddiq kongsi video moment melamar cinta hatinya, Bella Astillah di atas Gunung Kinabalu semasa hujan lebat buat ramai yang teruja. Wah, romantiknya YB. Malu-malu Bella tengok cincin. Mesti tak sangka YB nak propose time ni..
Seperti yang digembar-gemburkan, hari ini menjadi hari bahagia buat Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dan Bella Astillah. Pasangan ini bakal melangsungkan pertunangan pada hari ini. Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh YB Saddiq menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya.
Selain itu, YB Saddiq turut berkongsi video moment dirinya melamar Bella di atas Gunung Kinabali ketika hujan lebat semasa photoshoot bersama Primavalet tempoh hari. Menerusi video itu, dapat dilihat, YB Saddiq begitu tampan mengenakan baju Melayu dan Bella pula memakai baju Kurung.
Bella kelihatan malu-malu menerima lamaran dan juga sebentuk cincin oleh YB Saddiq. Siapa sangka, bermula dengan menjadi rakan sekerja bekerjasama mempromosikan produk, akhirnya bakal menjadi rakan serumah tidak lama lagi.

Perkongsian berita gembira ini disambut baik oleh rakan selebriti dan juga peminat-peminat yang menyokong dua figura ini dari dulu sampai sekarang yang turut mendoakan mereka agar disatukan. Akhirnya, impian peminat Bella dan Saddiq untuk melihat pasangan ini bernikah akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
jom tonton video di bawah :
Baru sahaja memuatnaik posting di atas, perkongsian YB Saddiq telah menerima 27 ribu tanda suka dan hampir 2700 komen buat masa ini. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan adalah :
” Congratulations YB & bellaastillah. You guys deserve all the happiness in the world.. “- Asyraf Khalid
” Alhamdulillah, so happy for both of you.. Bella bahagia, semua wanita bahagia… alhamdulillah.. finally bella said YES.. “
” Alhamdulillah. Next level, Happy for you guys.. Wuaaaaaaaa they kept their promises.. Omaigoddddddddd patut la senyum² harituuuu.. “
” Semoga majlis pertunangan YB dan Kak Bella berjalan dengan lancar, dipermudahkan semuanya sampai ke akhir majlis, nanti kahwin jangan lupa jemput ya.. “
” Tahniah waibee, happy for both of you.. Im cryinggggg.. Allahu happy 4 you bass.. we Love you.. Asal aku lak yang happy.. tahniah tahniah.. akhir termakbul doa aku.. amin.. “
” Alhamdulilah. Tahniah to both of you. Kami tumpang gembira. Semoga ke jinjang pelamin.. soon. Aamiin.. “
” Yayy Alhamdulillah.. Bella deserves this happiness.. to SS, treasure her.. and till Jannah ye.. Amin.. “
Alhamdulillah, akhirnya hubungan Bella dan YB Saddiq melangkah ke fasa seterusnya. Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan hari bahagia untuk mereka di satukan nanti. Sama-sama kita mendoakan semoga majlis pertunangan pada hari ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG syedsaddiq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

