Artis / Selebriti
” Ibu notty erk test market dekat Azal. Padu jawapan Azal tu hehe.. ” – Netizen
Video Jawapan Anak Zarina Zainuddin, Azal Ketika Ditanya Mengapa Dia Tidak Romantik Buat Warganet Kagum. Wah Jawapan Azal Tu Memang Win Lah, Setepek Ibu Kena. Sorry Ibu, Azal Menang Kali Ni !!
Baru sahaja beberapa hari yang lalu, Zarina Zainuddin memperkenalkan buah hati anaknya Azal iaitu seorang gadis bernama Rahmah. Ianya disambut dengan gembira oleh pengikut Zarina dan ramai yang mendoakan kebahagiaan Azal dan semoga Azal berjodohan dengan gadis pilihan hatinya itu.
Zarina memang suka merakam gelagat Azal dan Azal pula melayan sahaja ibunya itu. Meninjau akaun Instagram Zarina Zainuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Azal ketika Zarina bertanyakan soalan kepadanya mengenai mengapa Azal tidak romantik.
Jawapan Azal sungguh tidak dijangka dan warganet merasa kagum dengan pendirian anak istimewa Zarina ini. Kata Azal, dia belum berkahwin dan kerana itu lah tidak boleh romantik. Romantik yang dimaksudkan oleh Azal adalah boleh bersentuhan.

Selamba sahaja Azal berkata kepada ibunya berbunyi ‘ belum kahwin, hendak kena berd0sa ke ibu ‘. Alahai jawapan tulus ikhlas daripada hati Azal. Namun betul kata Azal itu, sebelum sah dengan sebarang ikatan, itu yang sebetulnya tidak boleh bersentuhan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zarina ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Masya Allah, comelnya jawapan Azal tu Ina. ibu jgn suruh azal berdosa tau.. anak syurga tu.. padu jawapan azal.. sape blom kawen kena contohi azal.. ”
” Bagus didikan anak ini, Azal faham agama. Masyaallah, hebat lah azal nih. Dia tau bagaimana cara menghargai seorg wanita, pandai lah azal.. ”
” Sed1h bercampur gembira klu Azal betul2 nak kawin sedih sbb dia faham apa itu erti perkahwinan & adab2 sebelum berkahwin gembira sbb dari baby sekarang dah nak jadi suami org moga allah permudahkan urusan perkahwinan nanti.. ”
” MasyaAllah Abang…. terharu sy, Abang bisa pegang teguh ajaran agama, tabungan amal unt bapak ibu.. ”
” Allahuakbar, pandainya Azal.. cute tengok dia kalau lawan bercakap dengan ibunya hehe.. Jaga diri baik-baik Azal.. ”
” Pintar bang Azal, menjauhi maksiat ya bang. Suka sangat tengok Azal bercakap. Comel jawapan Azal ni tulus ikhlas hehe. pegang perut pegang bahu, so cute.. ”
” MasyaAllah Azal yg terbaik insyaAllah. Ibu n0tty erk test market kat Azal.. Pandai Azal , tahu hukum hakam.. ”
Bagus Azal, walaupun Azal tidak seperti orang lain, namun Azal tahu hukum hakam agama lebih-lebih lagi mengenai d0sa dan pahala. Semoga Azal tetap bersikap begini dan didoakan agar impian Azal untuk berkahwin tahun hadapan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zarina Zainuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

