Artis / Selebriti
” Ijoy pun kuat menyakat Hadie. Sampai gugup si Hadie tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Hadie yang gugup ketika ayah Oddah, Ijoy tiba-tiba muncul dalam live buat ramai terhibur. Part Ijoy baca komen tulis ‘bapa mertua’, blushing teruk Hadie. Serba tak kena Hadie berborak dengan Ijoy, haha..
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik hadietroopers, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Hadie membuat siaran langsung bersama sepupu Oddah, Zal. Seperti biasa, interaksi mereka kelihatan sangat spontan dan mencuit hati ramai yang menonton.
Namun, suasana live tersebut bertukar lucu apabila bapa kepada Oddah iaitu Ijoy tiba-tiba muncul bersama beberapa lelaki lain untuk menegur Hadie. Hadie yang sedang fokus pada live itu kelihatan sedikit gugup dan beberapa kali cuba menyembunyikan rasa gemuruhnya.
Menerusi video tersebut, kedengaran Ijoy bertanya tentang keadaan kesihatan Hadie dan turut bertanya bila Hadie akan datang ke rumahnya lagi. Reaksi Hadie yang terpinga-pinga tetapi tetap sopan membuatkan ramai terhibur dengan gelagat comelnya.

Lebih mencuit hati apabila Ijoy sempat membaca satu komen warganet yang berseloroh menggelarkan dirinya sebagai bakal bapa mertua Hadie. Situasi itu membuatkan suasana live bertambah gamat apabila semua yang berada di situ ketawa mendengar gurauan tersebut.
Tonton video di bawah ini :
@hadietroopers Dekah ya sepanjang part ni🤣 ngam2 lepas member zumba ngan zal Ammar🤣 sekali semua masuk berbual😂😂 #triomutt #talktomymanager #friendship #oddie #fyp @ADI?
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ijoy pun kuat menyakat Hadie. Sampai gugup si Hadie tu, haha.. Aku pulak yang senyum2 tgok.. Best live semalam.. “
” Very supportive ijoy Pak mertua Hadie, in shaa Allah suatu hari nnti.. Kalau ada jodoh pasti tak ke mana kan Hadie, hehe.. “
” Ada apehal den yg berumur 38,anak 3 sengih sorg2 tgk ni pg2.. Bagus lah tengok cara Ijoy, Hadie anak yang baik, ramai orang sygkan dia.. “
” Thank uncle Ijoy.. Bagi kita org vitamin, macam ni pon da blushing tau.. Hahaha lawak hadie smpai tergagap2 nk ckp.. Sopan bdk hadie ni.. “
” Hadieee.. adehhhhh…. Terus lidah ku kelu ya Hadie.. He he… InsyaAllah tu bilerrr…. Comel betul Hadie ni.. “
” Lepas berzombie terus kena interview sampai kena bawak duit banyak masa datang rumah shaking sampai pegang dada hadie hahahhahaha.. “
” Video tt paling win pas tt daddy hadie, hahahaha.. Tersembur tea o sy tengok pepagi Hadie kena sakat dengan bakal bapa mertua.. “
Apa-apa pun, hubungan antara Hadie dan keluarga Oddah memang sudah rapat sejak TTMM lagi. Semoga persahabatan Oddah dan Hadie terus kekal erat dan masing-masing terus maju dalam bidang seni. Telatah mereka berdua memang sentiasa dinantikan kerana tidak pernah gagal menceriakan hari sesiapa yang menonton.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hadietroopers, IG shieraijoy, hadiefc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

