Artis / Selebriti
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan dan Qadejah bercakap menggunakan bahasa baku mengenai kereta baru Ammar buat warganet terhibur. Adui dah macam tengok teater klasik, tapi perkataan Cess sebut tu lagi klasik. Lawak betul, rosak habis bahasa Cess, haha..
Sekembalinya Qadejah dari umrah, Qadejah kembali bersiaran langsung bersama abangnya, Ammar Ahyan. Live Ammar dan Qadejah lebih santai tanpa ada Papa Laris bersama. Tambahan pula Ammar dan Qadejah memang akrab dan boleh berkongsi pelbagai cerita antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live mereka itu. Ammar dan Qadejah berdebat mengenai kereta baru Ammar. Pada awal perbualan, Ammar memberitahu Qadejah kriteria kereta yang dia inginkan sebenarnya.
Ammar inginkan keretanya itu dalamnya berwarna merah, luarnya berwarna kelabu dan tayarnya pula berwarna perak. Namun sayangnya kereta yang Ammar dapat semuanya serba serbi hitam sehinggakan driver pun ‘hitam’ juga. Boleh tergelak warganet mendengar luahan hati Ammar itu.

Qadejah pula melayani sahaja Ammar dan perbualan mereka ini menggunakan bahasa baku. Perkataan Ammar sudah kelakar dan menggeletek hati warganet. Namun apabila Qadejah mula bersuara, semakin terhibur warganet dengan perkataan yang Qadejah gunakan itu. Lain macam betul bahasa panggilan Qadejah ini, belum pernah ada bahasa klasik lama menyebut perkataan seperti itu.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 😂Ammar Ahyan Debat Bahasa Baku Tentang Kereta Baru Dengan Cess😂 #fyp #terlajaklaris #viral #TiktokMalaysia #malaysia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 700 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kekanda haha, abangnda salah.. lawak lah Ammayan dan Cess ni terhibur aku.. letih ketawa tengok dorang ni borak.. “
” Kakanda adinda, last last dia bro kan adiknya haha.. amar tarok merah dalam sebab yg pemandu hitam nanti terbakar Agus.
biar dalam kuning nampak seri.. “
” Abangnda pun boleh lah Cess haha.. Ingat ammayan dh lawak, terus tergelak cess sebut abangda haha.. bahasa baku pun ke laut dua beradik ni.. “
” Siapakah pemandu yang dimaksudkan oleh Ammar haha.. Bukan Abangnda lah Cess, kekanda.. adui tak larat aku nak ketawa dengar.. cess lagi lawak rupanya.. “
” Abangde, umur aku dah 50 series, seyes arr Abangde haha.. Kekanda lah Cess.. wahai penonton penontonan lagi.. aduhaii Amayan.. “
” Bukan Abangda, kekanda Cess.. korang ni buat kami rasa macam tengah tengok teater klasik pulak haha.. “
” Comel lah Abangde, new words. Abangda ahh rosak jugak bahasa melayu aku dengan dua ketul ni.. Akhirnya ayahanda yang pilihkan.. “
Ammar dan Qadejah semamangnya sangat random dan lawak apabila berbual dalam bahasa baku seperti ini. Abangda pun boleh lah Qadejah, perkataan baru yang tiada dalam kamus bahasa. Apa-apa pun, kereta Ammar telah pun dipilih oleh ayahandanya, jadi redha sahaja lah Amayan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

