Artis / Selebriti
” Ingat lagi beli URTV masa ni, nak simpan gambar kak Azah kahwin.. ” – Netizen
Kongsi Video Throwback Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 26, Wajah Azah Aziz Dan Suaminya, Daud Leroy Jadi Tumpuan. Cantik Dan Kacak Pasangan Ini, Dari Muda Sampai Sekarang Mantain. Anak Pun Handsome-Handsome Semua !!
Nama Norazah Aziz antara pelakon era 90-an yang terkenal suatu masa dahulu. Azah yang menikahi Daud Leroy Abdullah pada tahun 7 Januari 1995 kini menetap di Montreal, Kanada mengikuti suaminya ini. Walaupun jauh dari tanahair, Azah kerap berkongsikan perkembangannya di akaun sosialnya.
Meninjau akaun Instagram Azah Aziz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan koleksi gambar-gambar ketika majlis perkahwinan Azah dahulu sehingga sekarang sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 26. Wah sekejap sungguh masa berlalu, sudah lebih 2 dekad perkahwinan pasangan sejoli ini.
Turut dipaparkan juga keratan berita dan artikel di majalah hiburan popular pada masa itu yang berceritakan tentang majlis perkahwinan Azah. Bagi mereka yang membesar di tahun 90-an, wajah Azah pastinya sangat familiar dan sering menghiasi kaca TV dengan lakonannya.

Menyingkap kenangan dahulu, perkahwinan Azah dan Daud mendapat liputan dan Azah antara artis yang berkahwin dengan jejaka berbangsa Inggeris yang sering mendapat perhatian media. Anak-anak mereka juga semuanya kacak-kacak belaka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian Azah ini mendapat perhatian dan ucapan tahniah daripada peminat. Memang tidak berubah wajahnya dan kekal menawan. Antara komen-komen mereka :
” Happy Anniversary Beb… Semuga Berkekalan hingga ke jannah.. ” – Didie Alias
” Happy anniversary sister azah. Semoga berkekalan hingga ke jannah. tak berubah dari dulu rupa u.. ” – Sharifah Zarina
” Happy 26th anniversary kak azah n husband. Betul2 dapat 3 anak, kak Azah semakin cantik. ingt lgi gmbr2 ni smua mcik sya rajin bli majalah remaja thun 90an btw mcik sya peminat setia azah no 1.. “
” Dalam artikel, Daud ingin 3 anak. Wow, alhamdulillah termakbul kata-katanya… Hepi anniversary kak… Smoga kekal hingga ke syurga firdausss.. “
” Happy anniversary kak azah dan husband. wah ternyata suami akk nk ank 3, jadi nyata gitu. Anak-anak pun semua handsome-handsome.. “
” Ada tgk gambar2 kat majalah dulu. Semoga terus bahagia Kak Azah. Tahniah kak.. such a loving couple.. “
” Happy anniversary guys. Many more years to come. Da dapat 3 boys, maintain lawa. Alololo sweetnya, sama ja senyuman hampa laki bini dari dulu.. “
” Hubby muka same je, no change. Happiest Anniversary to you & Hubby. Masha Allah, 3 orang anak sgt indah rupanya.. Alhamdullilah.. “
” Happy anniversarry kak Azah. Ingat lagi beli urtv masa ni nak simpan gambar kak Azah kawen. pelakon febret ni zaman sekolah dulu.. “
Diam tak diam, sudah 26 tahun Azah dan Daud melayari alam rumahtangga. Impian untuk memiliki 3 orang anak sudahpun tercapai dan mereka bahagia di perantauan. Semoga ikatan perkahwinan Azah dan Daud ini terus bahagia dan kekal ke akh1r hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azah Montreal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

