Artis / Selebriti
” Ingat Nyamma tadi, rupanya kak Faz sebab sama sangat.. ” – Komen Netizen
Fazura kongsi gambarnya ketika kecil, ramai yang sangkakan itu adalah anaknya, Nur Fatima Aisya. Wah sebijik betul, ingatkan Fatima tadi. Memang copy paste mummy sangat ni..
Meninjau ke akaun Instagram Fazura, perkongsian sekeping gambar Fazura ketika kecil telah meraih perhatian ramai. Dengan kapsyen ‘promise I’ll make you proud’, ramai menyangkakan gambar tersebut merupakan gambar anaknya, Nur Fatima Aisya.
Gambar tersebut memaparkan Fazura memakai jubah graduasi yang pastinya ketika tamatnya sesi persekolahan. Menerusi gambar yang dipaparkan ini mungkin usia Fazura ketika itu sekitar 6 tahun. Sekali pandang memang seiras se[erti wajah Fatima.
Wajah Fazura ketika kecil sehinggalah dewasa tidak banyak perubahan terutamanya pada pandangan mata. Patutlah Fatima sangat comel kerana Fazura juga comel ketika kecil. Pastinya apabila Fatima dewasa kelak akan secantik seperti ibunya.

Perkongsian gambar ini telah menerima lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Jika dilihat Fatima mewarisi kedua-dua wajah ibu dan bapanya. Ini kerana sekali pandang seperti Fazura, kali kedua melihatnya seiras Fattah.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju yang wajah Fatima seiras dengan ibunya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Ingat Nyamma tadi, rupanya kak Faz sbb sama sangat. Faz&fattah tak jauh beza.. muka seiras Sebab jodoh.. sebab tu bila Fatimah lahir.. muka seiras kedua2 belah pihak.. “
” Allahumma baarik , dari dl lagi prasan muka Nyama iras Faz sgt . Copy paste sangat nih like mother like daughter ( dah tau dah , wajah Fatima masa dewasa nanti .. “
” In shaa Allah, dengan izin Allah, segala hajat dan cita2 Faz akan tercapai. You looked so much like your amazing daughter Fatima here .. “
” Mataaa tuuu memang dari kecik captivating ekksss , i love you my kakak syggg.. Fatima pretty & cute just like you & bijak pndai bab pot pet tu fazura sgt .. “
” InsyaAllah gorgeous. In fact you are already a successful woman now and really really beautiful. Alhamdulillah.. mata je ikut daddy.. “
” You’ve come so far. Cant wait to see whats next. More to come. Muka sama sangat dgn yama anak solehah .. btl2 fotostat muka mommy nye.. “
” Sebijik betul muka Nyamma.. Smga kak faz dpt brtemu jodoh kembali..aamiin..trus mnjadi org baik kak faz. adoii baru tahu nyamma ikut sebijik muka faz masa kecikkk.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Fatima mewarisi kecantikan ibunya, Fazura dan wajah mereka sememangnya sangat seiras. Semoga Fazura dan Fatima sentiasa berbahagia dan dimurahkan rezeki selalu. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

