Artis / Selebriti
” Ingat salam dengan cermin, mak aiii sebiji macam kembar.. ” – Netizen
Kongsi Video Bersama Adik Lelaki, Ramai Yang Tak Sangka Dato’ Alha Alfa Mempunyai Adik Yang Begitu Seiras Dengan Wajahnya. Wah Tengok Tepi Pun Nampak Sama, Kalau Cakap Kembar Pun Orang Percaya Ni !!
Siapa tidak kenal dengan nama pengusaha kosmetik dan jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa. Boleh dikatakan ramai kalangan selebriti menggunakan khidmat solek Dato’ Alha ketika menghadiri majlis mahupun perkahwinan mereka.
Meninjau di akaun Instagram Dato’ Alha telah berkongsi satu video berserta ucapan selamat hari lahir kepada adik lelakinya. Menerusi video, kelihatan Dato’ Alha bersalaman bersama adiknya yang dikenali nama sebagai, Fareed.
Di ruangan kapsyen, Dato’ Alha turut memberikan ucapan serta mendoakan agar Fareed sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia bersama isteri tersayang. Posting terbaru oleh Dato Alha tersebut telah mencur1 perhatian warganet.

Ada yang tidak sangka yang adik Dato’ Alha wajahnya begitu mirip seperti Dato’ Alha dan menyangka yang kedua mereka adalah kembar. Sehingga kini video itu telah mendapat lebih 12 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Di ruangan komen, selain mengakui wajah dua beradik ini seiras, warganet juga mengambil kesempatan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Fareed. Antara komen-komen menarik adalah :
” Igt bersalam salaman dgn cermin, mak aiii sebijik mcm kembor. Selamat hari lahir buat adik Dato, moga murah rezeki mcm abang dia juga.. “
” Sebijik muka. Tengok dari tepi. Seronokk jadi adek Dato, hehehe. Semoga ikatan kasih syg berpanjangan adik beradik, sus4h senang bersma amin.. “
” La ingat kembar tadi, hehe gigih lah cari ig adik Dato. Salam Aidilfitri Dato sekeluarga n happy birthday to adik Dato.. “
” Happy Birthday brother, muka sama lah. Dato Alhaalfa pun cute ja cakap, dah bagi banyak dahh hehe.. “
” Sama nya muka dr tepii sy igt edit 2 2 Dato Alha. Selamat hari lahir untuk adik Dato’ Alha, untung dapat abang baik macam Dato.. “
” Dia boleh bukak sampul depan owner hahaha, kelakar lah. Selamat hari lahir Aid, semoga terus bahagia bersama keluarga.. “
” Woww, sama tarikh birthday dengan saya harini lah. Happy birthday awak. Muka Dato dan adik sebiji betul.. “
Ehh betul lah, nampak sisi tepi pun sama, tapi bukan kembar dan orang yang berbeza. Bagi yang mengikuti perkembangan Data’ Alha ini, pasti tahu adiknya ini sering menemani Dato’ Alha ke mana-mana majlis dan membantu Dato’ Alha dalam perniagaannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Alhalafa, mohdalfareed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

