Artis / Selebriti
” Ingatkan Ismail Izzani yang kahwin. Cantiknya Suliza Salam, awet muda betul lah.. ” – Komen Netizen
Video sekitar majlis pernikahan ibu Ismail Izzani, Suliza Salam raih perhatian ramai. Sama cantik dan sama padan Suliza dan suami. Awet muda sungguh lah Suliza ni. Serius lah umur Suliza tu, macam tak percaya je..
Pada jam 11 pagi tadi, penyanyi era 80an yang juga ibu kepada penyanyi Ismail Izzani telah pun melangsungkan pernikahannya. Setelah 2 tahun memegang status ibu tunggal, Suliza menamatkan zaman ibu tunggalnya itu dengan pilihan hatinya, Ismail A. Samad.
Majlis tersebut telah pun berlangsung di kediaman Suliza di Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekat Suliza. Antara yang hadir ialah Datin Ziela Jalil, Liza Abdullah, Haleeda dan Fauziah Sarman.
Meninjau entry di akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan moment indah Suliza dan Ismail. Suliza tampil anggun dalam busana pengantin berwarna putih. Ditemani Ismail Izzani, Suliza salam berjalan melangkah masuk ke dewan acara.

Sekali pun usia Suliza sudahpun lewat 50-an, namun kecantikan figura ini memukau ramai. Masih kekal ramping dan kelihatan awet muda, wajah Suliza tidak menggambarkan usia sebenarnya itu. Ramai yang memuji kecantikan Suliza, lebih-lebih lagi Suliza mengenakan busana pengantin dan juga memakai makeup.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Umur 59 lawa giller. Sbb tu tak kira umur berapa pun, kecantikan & penjagaan diri mmg penting. Back to basic, avoid sugar, mkn ulam.. “
” 59 ke? Awet muda kan? Dr dulu cantik.. jmpa kt luar natural beauty sgt.. semoga berbahagia selalu.. “
” Canteknyaa kak suliza salam nie even dh nk masuk 60 siri x lama lg… Still nmpk ayu keterampilanya n nmpk awet muda betol lah.. “
” Ingatkan Ismail Izzani yg khawin, bc skali lg baru faham, nama suami dia pn sama dgn nama anaknya. 2x keliru .Tahniah.. “
” Kami dari persatuan 5 series ssngat gembira dengan perkahabaran ini.. tahniah Suliza.. semoga kekal hingga ke jannah alhamdulillah.. “
” Selamat Pengantin Baru. Alhamdulillah Semakin cantek dn berseri… Semoga jodohnya berpanjangan hingga ke jannah. Aamiin.. “
” Syukur Alhamdulillah.. cantiknya awet muda.. lawa betul.. macam tak percaya je dah 59 tahun.. cantiknya tu tak pudar langsung.. “
” Cantiknya di usia 50an.. slim je, anggun macam dulu jugak.. Suliza dan anak macam adik beradik je.. “
Awet muda sungguh Suliza ini sehinggakan ramai yang tidak percaya usianya sudah 50an. Sama cantik dan sama padan Suliza dan suami. Daripada kami di Berita Kopak, tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan ini akan berkekalan sehingga ke akhir usia dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Nona, IG Melodi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

