Artis / Selebriti
” Ingatkan perempuan je suka ungkit 7 keturunan. Rupanya lelaki pun sama, haha.. ” – Komen Netizen
Video moment mencuit hati YB Syed Saddiq mengusik Bella Astillah ketika sedang live mempromosikan produk buat ramai terhibur. Adoi, sampai tertunduk-tunduk Bella bila YB Saddiq sebut pilihan ke 4 tu. Ungkit betul ni YB, haha..
YB Syed Saddiq dan Bella Astillah kembali lagi bersiaran langsung bersama untuk produk wangian, Dolcea. Seperti biasa, sesi live pasangan ini santai sahaja dan banyak yang dibualkan oleh mereka berdua sepanjang live berlangsung. Sambil mempromosikan wangian, pelbagai cerita diselitkan oleh pasangan ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Scha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Bella ketika menjawab soalan viewers mengenai wangian yang paling wangi. Bella meminati beberapa bauan dan sudah diletakkan di hadapannya beberapa botol perfume yang berbeza baunya.
YB Saddiq meminta Bella untuk memilih satu sahaja bau yang paling diminati. Bella pula bertanya adakah boleh dia memilih 2 bauan. YB Saddiq banyak menyakat Bella dalam live semalam dan peluang ini digunakan oleh YB Saddiq untuk mengenakan insan kesayangannya ini.

YB Saddiq terus menyebut adakah Bella suka memilih 4. Bagi peminat BASS, nombor 4 itu memang sinonim kerana berkaitan dengan kisah yang diceritakan oleh YB Saddiq ketika sesi bertemu peminat Primavalet yang dirinya adalah pilihan nombor 4 Bella untuk pasangan kolaborasi Primavalet.
Jom tonton video di bawah :
@scha…..a no 4 tu mmg x leh pisah eh .. #syedsaddiq #bellaastillah #BASS
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” YB still tak puas hati haha.. kan aku dah ckp. dia ungkit smpai ke tua no 4 tu haha.. Cu, atok dulu pilihan nenek yg no. 4..bukan no. 1..tapi atok masih ada dgn nenek hari ni.Tak kisah no. berapa tapi Pengakhirannya yg penting cuuu.. “
” Yb dgn no 4 berpisah tiada.. Dah kata dah.. no4 akan diungkit smpi anak cucu haha.. Ingtkan prmpuan je suka ungkit 7 keturunan. Rupanya laki pun sama.. “
” Adoi.. yb.. yb.. no 4 juga diingatkan nya haha.. Sbb YB org yg ke-4 org terakhir kena pilih utk event, dulu… sekarang YB no 1 dalam hati hehe.. “
” Perkara no 4, jadi bahan seumur hidup haha.. Sampai next shoot Primavalet pon x hbs 4 dia.. bella mampu ketawa je tak tahu nak jawab apa, haha.. “
” Tibe2 dok terbyg. kalau derang ni gado2 manje, mesti yb guna ayat febret dia. yelaa.. i ni kan no 4.. lpstu mesti bella mengalah.. “
” Percaya lahhh no.4 tu akan menghantui waibee sampai bila-bila.. nampak gaya YB mcm kena cubit tu masa bella senget kan badan.. “
” Mari tgk sampai bila masalah berbangkit ni akan tamat haha. masa Bella gelak lps YB ckp dia suka pilih 4.. tgn tu kan mcm p cubit YB.. ungkit lagi yb, memang makan cubitan lah jawabnya haha.. “
Kelakar sungguh apabila YB Saddiq mengungkit nombor 4 itu. Selamanya nombor 4 akan kekal dalam fikiran YB Saddiq ini, namun kerana nombor 4 juga lah yang menjadikan YB Saddiq dan Bella seakrab ini. Semoga yang baik-baik sahaja untuk YB Saddiq dan Bella serta dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Scha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

