Artis / Selebriti
” Ini semua Afwa punya pengaruh lah ni. Hish comel je Tokti joget.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza menari tarian lagu Nsync, Bye Bye Bye buat ramai geram. Alahai comelnya Tokti joget, sebijik macam Afwa. Tentu Afwa pun melompat-lompat tengok ibu berjoget lagu favourite dia ni..
Kemeriahan konsert The Journey of Sound Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Judika masih terasa. Satu Stadium Merdeka terhibur dengan persembahan hebat daripada biduanita negara kesayangan ramai itu. Banyak lagu dan kejutan yang disajikan oleh DS Siti kepada penonton semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti menyelitkan tarian yang trending sebelum ini ‘ Bye Bye Bye’ dalam persembahannya semalam. Bagi yang mengikuti DS Siti, pastinya mengetahui ini adalah lagu dan tarian kegemaran anaknya, Afwa.
Lincah sahaja DS Siti menari bersama penari-penari di atas pentas. Melihat DS Siti menari mengingatkan semua kepada Afwa. Apatah lagi Afwa juga ada bersama-sama menonton konsert semalam. Bergema sorakan daripada penonton ketika melihat DS Siti menari.

DS Siti juga kelihatan enjoy dengan tariannya itu. Lembut badan DS Siti menari dan senyuman tidak lekang dari mulutnya itu. Beruntung lah semua yang hadir ke konsert DS Siti semalam, memang berbaloi lah berhabis membeli tiket kerana persembahannya memang wow.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak boleh move on.. best giler concert semalam.. Aaa comel sangat tokti joget, auto teringat afwa joget.. ni siapa pengaruh siapa ni eh haha.. “
” Ini semua Afwa punya pengaruh lah ni.. Hishhhh comel je tokti. tengok ulang2 pun comel jugak.. “
” Comelnya tokti joget.. nak tengok reaction afwa.. ni mesti afwa pun ikut joget dekat bawah pentas kan haha.. “
” Semua sebab Afwa haha.. Ini mesti Tokti practise dengan Afwa.. Sopannya menari pun. layak dengan gelaran Biduanita kesayangan Malaysia.. “
” Dalam kelincahan terselit kesopanan dan kesusilaan.. suka tengok tokti joget tu, kita nampak afwa yang joget. kuat pengaruh anak ni haha.. “
” Mesti tokti belajar dengan afwa ni.. Afwa mesti tak percaya ibu dia pandai step bye bye bye bye haha.. “
” Ni sah pengaruh afwa.. lagu feberet afwa ni.. afwa paling suka menari lagu ni.. alaa jangan comel sangat tokti, geram tengok.. “
Alahai comel sungguh gelagat DS Siti menari lagu kegemaran Afwa ni. Bak kata warganet, ini pasti pengaruh daripada Afwa. Manalah orang tidak geram melihat DS Siti, lincah di pentas tetapi tetapi ada kesopanannya. Apa-apa pun, semua penonton enjoy dengan konsert DS Siti dan Judika itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

