Artis / Selebriti
” Ini yang saya rindu sebenarnya, saya jadi orang biasa. Saya dapat duduk macam ni.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Yang Kesed1han Ketika Berada Di Hadapan Kaabah Buat Peminat Ikut Sayu. Part Sebut Aafiyah Dan Afwa Lagi Berjurai Air Mata !!
Umum mengetahui Dato’ Seri Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci Mekah dan sedang mengerjakan ibadah umrah bersama pengurusnya Rozi dan kakak iparnya, Zaiton Jiwa. Dato’ Siti juga ada berkongsi di Instastorynya suasana ketika sampai di kota Mekah.
Meninjau akaun Instagram Astro Gemp4k, telah dikongsikan video ketika Dato’ Siti sedang berada di perkarangan masjid mengadap Kaabah. Mengungkapkan rasa seronoknya dapat berkongsi suasana Mekah bersama peminat, air mata Dato’ Siti tiba-tiba mengalir apabila mengatakan dia rindu hidup seperti orang biasa dan dapat duduk beramai-ramai bersama orang lain.
Tidak ada orang yang mengenalinya di sana dan ianya satu kepuasan buat Dato’ Siti. Pada saat menyebut nama Aafiyah dan Afwa, semakin deras mengalir air mata Dato’ Siti. Rindukan Mekah, Dato’ Khalid mengizinkan Dato’ Siti perg1 sendiri tanpa suami dan anak-anak. Em0si mak-mak, bila sebut nama anak memang auto menang1s.

Dato’ Siti juga turut berkongsikan cara untuk mengerjakan umrah bagi yang tidak mempunyai mahram. Tidak sesukar dahulu, wanita tanpa mahram juga sudah dapat ke Mekah sekarang. Rezeki Dato’ Siti dapat menjejakkan kaki berkali-kali di kota suci ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada peminat. Turut terasa kesayuan di hati Dato’ Siti, antara komen-komen peminat :
” Semoga dipermudahkan, sayu pulak tengok Tokti menang1s macam ni. Allahu kita teringin nak jadi macam dia, rupanya dia rindu nak jadi macam kita.. “
” Saya nang1s, Kalau masih juga org kut0k dia ..tak tau lh.. memang hati hitam dan dengk1.. saya bangsa lain terharu tengok dia suruh kita berdoa sama live depan tu.. walaupun tak pergi sana.. “
” Rezeki murah Alhamdulillah. Doakan saya juga dpt utk jejakkan kaki kat sana Dato’ ctdk … moga peroleh umrah yg mabrur.. “
” Sayu, ikut seb4k sekali la. turut menang1s, how humble you dato siti nurhaliza. i love you tokti.. “
Di sebalik kemasyuran dan populariti yang dikecapi, jauh di sudut hati penyanyi kesayangan ramai ini rindukan kehidupan sebagai orang biasa. Boleh bebas bergaul dan berbual dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang hal4ngan.

Mengecapi dunia glamour pasti ada timbal baliknya dan itulah harga yang perlu dibayar untuk insan bernama Siti Nurhaliza ini. Semoga peluang yang datang ini dapat memberikan Dato’ Siti ketenangan yang diinginkan. Selamat beribadat Dato’ Siti dan semoga dipermudahkan segalanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

