Artis / Selebriti
” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah berseloroh mengenai barang hantaran YB Syed Saddiq ketika pertunangan mereka buat warganet terhibur. Kelakar betul Bella ni, spontan je ayat tu. Haha..
Pertunangan antara YB Syed Saddiq dan Bella Astillah mendapat liputan meluas dari pihak media dan tumpuan wargamaya. Sekian lama semua menanti detik untuk pasangan ini diikat dengan satu ikatan, pertunangan ini menggembirakan pencinta BASS.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Acik.u.t, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella dalam satu program. Bella bercerita mengenai kerisauannya sebagai seorang ibu mengenai masa depan anak-anak. Ketika berkongsi pendiriannya, Bella sempat berkongsi cerita tentang hantaran yang diberikan oleh YB Saddiq.
Kata Bella, hantarannya untuk YB Saddiq seperti biasa, namun YB Saddiq memikirkan satu hantaran yang berbeza. Ayden dan Ara diberikan tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN ). Manakala Bella pula diberikan akaun Tabung Haji dan akaun pelaburan Amanah Saham Berhad ( ASB ).

Tambah Bella, terdetik di hatinya, YB Saddiq mahu memberikan hantaran atau bantuan kerana ianya agak pelik. Seloroh Bella, mungkin kerana statusnya ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak membuatkan YB Saddiq terfikir untuk memberikan ‘bantuan’ itu. Bergema suara tetamu ketawa mendengar kata-kata Bella itu.
Jom tonton video di bawah :
@acik.u.t #viraltiktok #bass #fyppppppppppppppppppppppp #syedsaddiq #bellaastillah
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kita da serius mndngar.. tak expect langsung bella cakap.. hantaran jadi bantuan.. comel lah bakal isteri YB Saddiq ni.. sempat dia buat lawak.. “
” Betul la.. Yb sudah terbiasa berjuang untuk rakyat, sekarang keutamaan untuk kesayangan.. “bantuan” Yb itu kewajiban untuk keluarga. Tahniah Yb.. Tumpang gembira untuk kebahagiaan Bella dan anak2.. “
” Bantuan ibu tunggal, adui Bella lucu betul. Alhamdulillah syukur…YB jaga betul betul buah hatinya dan anak-anak.. semua kesayangan YB.. “
” Aku ulang banyak kali sebab bella kelakar.. perancangan yb utk bella & anak2 mmg ‘briliiant’ terbaik la YBSS.. “
” Haha.. Ak ulang byk kli sb cute je ayat last tu,klakor.. but hepi for u Bella.. kte sbg ibu2 ni mmg ini la y kte nk awl2 da priority kn ank2.. “
” Kelako la bella ni,moge dipermudah urusan kalian.. selamat mnjdi warge johorean joho + sabah makin dakat bh.. “
” Sempat seloroh time hantar hantaran.. Mmg betul2 jiwa yb si SS ni .. smpi hantaran pn ada unsur2 nk bantu org … kata2 Bella buat acik terketawa la.. tapi rare hantaran YB utk Bella.. “
Comel dan mencuit hati gurauan Bella itu, namun apa yang YB Saddiq berikan sememangnya lain daripada yang lain. Betapa jauhnya fikiran YB Saddiq demi masa depan Bella dan anak-anak. Semoga langkah Bella dan YB Saddiq untuk ke fasa perkahwinan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok acik.u.t
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

