Artis / Selebriti
” Jangan minum macam kucing, minum betul-betul.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq membebel melihat cara Bella Astillah minum air buat warganet terhibur. Adui lah YB, spontan betul kata-kata tu. Sempat lagi YB Saddiq ajuk cara kucing minum, haha..
Sejak awal berkolaborasi lagi, YB Syed Saddiq sentiasa menegur Bella Astillah untuk lebih banyak minum air kosong. Dek kerana ajaran dan teguran YB Saddiq itu, Bella perlahan-lahan menukar habit suka air manis kepada minum air masak atau air kosong.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok bbieaboii92, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat YB Saddiq menyuruh Bella minum air kosong ketika live bersama Kedai Cincin Ampang (KCA). Untuk makluman, suara Bella agak serak kerana tidak sihat selepas misi bantuan di Sandakan baru-baru ini.
Sewaktu YB Saddiq menghulurkan sebotol air mineral kepada Bella, YB Saddiq sempat berpesan supaya Bella tidak minum air seperti kucing. Ini kerana, kuantiti air yang diminum oleh Bella terlalu sedikit. Bella sendiri tergelak mendengar kata-kata encik tunangnya itu.

Memetik komen warganet, tidak hairan lah YB Saddiq membebel kerana air yang Bella minum langsung tidak luak. Gaya Bella minum itu seakan banyak yang ditelan tetapi apabila ditegakkan botol, boleh dilihat airnya hanya berkurang sedikit sahaja. Sempat YB Saddiq menggelengkan kepalanya melihat botol air itu.
Jom tonton video di bawah :
@bbieaboii92
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Minum air banyak Bella, tunang dah marah tu. haha dah disamakan dengan kucing haha.. lawak lah yb ni.. punya lah sayang bella, air pun dia monitor.. “
” Haha dari dulu camtu lah yayang.. minum air lama ingat banyakm sekali laa.. secoet je dia teguk.. “
” Macam tu je kena tepek kucing haha.. member pula suka kucing, habis semua dikucingkan haha.. padan muka kena bebel dengan sayang haha.. “
” Kan terkulat Bella nak telan air masak tu.. nasib yb tak nekan nekan suruh minum sampai habis.. kalau tak, meraung lah Bella haha.. “
” Yb cakap jangan minum air macam kucing, fikiran aku Bella jilat air guna lidah dekat muncung botol. adui ngok ngek betul aku ni haha.. “
” Act of service yb memang tip top eh. yang ikut dorang je tahu yb mmg suka suruh bella minum air kosong. untuk kesihatan.. tp comel lah bella minum, sikit je igtkan banyak.. “
” Bella minum sikit betul. Tak luak langsung air tu haha.. padahal dah 2 kali yb bagi minum air.. memang kena setempek lah kucing dengan tunang tersayang haha.. “
Lawak sungguh mendengar kata-kata YB Saddiq menyamakan cara minum Bella seperti kucing itu. Bak kata YB Saddiq, kucingnya di rumah minum lebih banyak daripada Bella. Beruntung Bella ada encik tunang yang caring dan selalu menjaga Bella dengan baik. Selepas ini, Bella kena minum air lebih banyak lagi okey.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok bbieaboii92
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

