Artis / Selebriti
“ Jebat memang buat aunty tergelak noh. Sayang selalu jebat.. ” – Netizen
Perkongsian Video Gelag4t Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden ‘Bercoleteh’ Buat Netizen Terhibur. Semangat Jebat Bercerita, Siap Gelak Besar Macam Uncle Rosix. Alahai, Comelnya Jebat !!
Jebat Jayden Ahmad merupakan anak kepada selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila. Dikurniakan seorang anak yang comel, Nabila dan Sharnaaz dilihat saling meluangkan masa bersama anaknya walaupun kini mereka tidak lagi tinggal bersama.
Terbaru, melalui hasil tinjauan kami di akaun Instagram lovemewoome, telah dikongsikan satu video Jebat yang sedang ‘bercel0teh’ dirakamkan oleh ahli keluarganya. Dapat dilihat begitu semangat Jebat yang menuturkan perbualannya. Kedengaran juga suara dada dan dadhi, Datin Noor Kartini dan suaminya yang begitu setia melayani cucu mereka.
Jebat yang mengenakan sepasang baju bewarna biru sedang asyik dan sungguh ceria ‘bercerita’ mengenai mummy dan babanya. Namun apa yang diceritakan tidak sepenuhnya dapat difahami oleh orang sekelilingnya. Apa yang menarik perhatian, cara Jebat yang ketawa sambil becerita tersebut rata-ratanya terhibur dengan caranya seperti orang dewasa.

Video yang berdurasi beberapa minit itu mendapat ribuan views dan komen-komen yang positif daripada netizen. Malah, melihat reaksi Jebat dalam video itu, ada yang menyatakan Jebat mungkin akan menjadi seorang yang kelakar apabila dewasa nanti. Amb0i, kecil-kecil sudah pandai menghiburkan orang sekeliling.
Jom tontong video di bawah :
Selain itu, dapat dilihat perkongsian telatah aks1 kecomelan Jebat ini membuatkan ramai yang fall in love dengan Jebat. Tidak dapat dinaf1kan Jebat terlihat sangat comel dalam video tersebut. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
“ Gaponyooo dok kecekkk tok tahu bijik butirr.. Hahaha so cute jebat.. ”
“ Ya ampunnnn.. Why so cute.. Mcm bunyi baba pon kerja blablabla.. ”
“ Salam jebat.. Beso dah jebat.. Semoga jebat menjadi ank yang soleh hendaknya.. ”
“ Baba tak balik ke.. Baba koije ka.. Mummy koije jugak ke.. Dia teringat baba dia bawak gi naik motor kot.. Happy la tu.. ”
“ Cute sngt.. Dia ckp baba tk balik balik punnn.. Bunyi camtu laa.. ”
“ Dgr mcm mummy dgn baba dua2 krja pastu part gelak tu hahaa.. Jebat2.. ”
“ Jebat memang buat aunty tergelak noh.. Sayang selalu jebat.. So cute.. ”
Umumnya, persekitaran yang baik ceria dan harmoni sangat penting terutama untuk tumbesaran anak-anak. Dapat dilihat suasana di sekeliling Jebat yang ceria dan positif sangat membantu perkembangannya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Jebat Jayden sentiasa sihat selalu dan membesar menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lovemewoome, Sharnaazahmad, Jebatjayden
Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

